nvidia gtx 1080

Hari ini merupakan hari yang amat baik bagi komuniti PC gamers & PC enthusiast kerana Nvidia telah mengumumkan graphic card generasi baru iaitu Geforce GTX 1080 dan GTX 1070. GTX 1080 / 1070 merupakan graphic card utama dalam generasi “Pascal” yang merupakan pengganti bagi graphic card “Maxwell” iaitu GTX 980 Ti/980/970 dan 960.

GTX 1080 / 1070 merupakan graphic card pertama Nvidia yang menggunakan node proses 16nm FinFet yang menjanjikan prestasi yang lebih tinggi serta penggunaan tenaga yang sangat rendah dan jimat. Pesaing terdekat Nvidia iaitu AMD masih lagi belum melancarkan graphic card generasi baru mereka yang turut menggunakan teknologi FinFet dan Nvidia boleh dikatakan mempunyai ‘head-start’ yang agak bagus di dalam industri graphic card ini.

GTX 1080p – Flagship Pascal GPU

gtx 1080

Mereka yang baru sahaja membeli graphic GTX 980, GTX 970 dalam beberapa minggu atau bulan lepas pasti berasa menyesal kerana tidak menunggu pelancarkan graphic card Pascal. Ini kerana Nvidia meletakkan harga saranan (RRP) yang boleh dikatakan agak rendah berbanding generasi sebelumnya.

gtx 1080 specs

Dari segi spesifikasi, GTX 1080 adalah jauh lebih laju daripada GTX 980, hampir dua kali ganda dalam sesetengah situasi penggunaan. GTX 1080 kini mempunyai Vram sebanyak 8 GB GDRR5X serta raw performance (9 Teraflops) yang menjanjikan prestasi yang jauh lebih laju di dalam VR (virtual reality) dan Directx 12 gaming.

Harga yang disyorkan oleh Nvidia bagi GTX 1080 ialah $599 (RM2400) dan akan dilancarkan pada penghujung May 2016 di US. Selain raw performance yang lebih bagus, GTX 1080 juga merupakan graphic card yang efisien dari segi penggunaan tenaga dan hanya memerlukan power supply minimum 500W dan TDP ialah 180W, cukup rendah bagi sebuah graphic card top class.

GTX 1080 juga menyokong display sehingga 8K – jauh lebih tinggi daripada resolusi 5K dan 4K yang semakin ke arah mainstream di pasaran.

GTX 1070 – Consumer GPU Terbaik

gtx 1070

Jika GTX 1080 merupakan top class GPU, GTX 1070 pula boleh dikatakan GPU terbaik bagi PC gamers setakat ini dari segi harga, teknologi dan prestasi. Harga saranan bagi GTX 1070 ialah $379 (~ RM1500) dan ianya jauh lebih laju daripada GTX 970 yang merupakan GPU yang paling popular di era Maxwell.

Menyokong penuh VR dan DirectX12, GTX 1070 juga GPU yang sangat sangat efisien kerana mempunyai TDP hanya 150W. Sebagai pemilik PSU 550W, saya berasa sangat teruja dengan teknologi FinFet yang menghasilkan GPU yang lebih berkuasa tanpa pengeluaran haba yang tinggi dan penggunaan tenaga yang banyak.

GTX 1070 dilihat sebagai pilihan yang sangat sesuai untuk majoriti PC gamers yang mahu bermain games pada resolusi 1080p, 1440p, 4k dan juga VR gaming. Syabas kepada Nvidia kerana tidak meletakkan harga yang skyrocket pada GPU GTX 1070 ini.

GTX 1080 & GTX 1070 di Malaysia

Saya jangkakan GTX 1080 dan GTX 1070 akan masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Julai 2016 atau selewat-lewatnya Ogos 2016. Harga bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui, dan diharapkan tidak terlalu tinggi bila difaktorkan sekali dengan nilai USD yang agak mahal sekarang.

Adakah anda antara pc gamers yang teruja dengan GTX 1080 dan GTX 1070? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen ya.

357 total views, 2 views today