- 1.9Kviews
- 547
Hari ini saya nak berkongsi mengenai PC saya yang merupakan workstation dan juga tempat saya gaming bila ada waktu lapang. Saya build PC pada tahun lepas lagi, sekitar bulan 9. Sebelum beli hardware untuk dipasang, saya dah set dalam minda untuk pilih hardware yang akan relevan sekurang-kurangya 5-7 tahun lagi dan juga hardware baru ini mestilah ‘hackintosh-friendly’.
PC Hardware Setup – Hackintosh & Gaming
Hackintosh merujuk kepada PC yang menggunakan sistem operasi macOS yang biasanya eksklusif kepada laptop Macbook dan komputer iMac sahaja. Kelebihan hackintosh ialah kebebasan memilih sendiri processor, jumlah RAM, graphic card, jumlah hard disk atau SSD dan pelbagai lagi kebebasan lain tanpa beli komputer ‘pasang-siap’ oleh Apple. Contohnya, PC dengan spec gaming boleh ditukarkan kepada hackintosh – dimana anda boleh install Windows untuk tujuan gaming dan juga install macOS untuk tujuan produktiviti.
Apa yang saya buat sekarang ialah bila saya perlu guna Windows, saya akan boot kepada SSD yang mengandungi Windows 10. Bila saya perlukan aplikasi yang hanya boleh dijalankan di mac, saya boot ke dalam SSD yang mengandungi macOS Sierra pula.
Hardware Hackintosh Gaming PC Saya
Processor : Intel Core i5-6600k
Motherboard : Gigabyte Z170XP-SLI
RAM : 8GB DDR4
GPU : Intel HD 530 / AMD R9 380 4GB
Casing : NZXT S340 Black/Blue
Storage : Crucial MX300 275GB M.2 SSD (macOS Sierra 10.12.1) / 120GB Samsung 840 Evo SSD + 2 X 1TB Western Digital Hard Drive
Power Supply : Seasonic Modular 550W Gold
Fan : Cooler Master Hyper 212
Monitor : Dell U2414H IPS Monitor
Keyboard : Corsair K70 Mechanical Red Switch
Mouse : Logitech G502 Proteus Spectrum
Speaker : Edifier M1370BT Woofer + Bluetooth Speaker
Controller : Xbox One controller
Wifi : TP-Link Archer T9E Dual Band Wireless AC
Casing yang saya gunakan ialah NZXT S340 Black / Blue. NZXT S340 ini popular di Youtube, Reddit, dan pelbagai forum kerana rekaan yang minimal dan professional. Menarik casing ini sebab memudahkan pengurusan wayar, pengudaraan yang bagus serta mudah untuk cuci habuk.
CPU pilihan saya ialah i5-6600k Skylake – cpu ini sangat popular kerana performance yang laju serta bagus untuk gaming, Photoshop, edit 4K Video dan sebagainya.
Motherboard Gigabyte Z170 series saya pilih kerana motherboard gigabyte sangat sesuai untuk hackintosh dan pelbagai hardware disokong tanpa perlu driver tambahan. Kelebihan menggunakan processor Skylake dan motherboard Z170 ialah menyokong teknologi future proof seperti USB Type-C, USB 3.1, M.2 NVME SSD dan sebagainya. Kalau anda beli processor dan motherboard generasi lepas, anda berpotensi ketinggalan mencuba teknologi yang saya sebutkan tadi.
Saya masih menggunakan gpu AMD R9 380 4GB yang saya beli tahun lepas. Masih mampu memainkan semua games dalam Steam Library saya dalam kualiti 1080p Ultra / High. R9 380 disokong secara OOB (out of box) bagi Hackintosh Sierra tetapi perlu boot menggunakan Intel IGPU terlebih dahulu. Jika anda merancang menggunakan artikel ini sebagai guideline anda, anda boleh beli gpu yang lebih moden seperti AMD RX480 / RX 470 / RX 460.
Jika anda memiliki graphic card Nvidia, buat masa ini graphic card generasi Pascal (GTX 1080, 1070, 1060, 1050) masih belum menyokong macOS sierra menggunakan web driver. Graphic card Nvidia yang menyokong macOS sierra ialah GTX 750 Ti, GTX 960, GTX 970, GTX 980, GTX 980 Ti.
Logitech G502 Proteus Spectrum merupakan gaming mouse yang paling best saya pernah guna. Banyak option untuk customize dan pilihan warna RGB led. Compatible dengan Windows 10 dan juga macOS sierra.
Saya dah lama berimpian memiliki mechanical keyboard. Jadi bila dapat deals harga yang agak murah saya terus ambil Corsair K70 Red Switches. Keyboard ini yang best sebab rekaan kemas dan feel premium sebab base keyboard ini diperbuat daripada military grade metal construction. Key adalah detachable dan saya sengaja pilih Red Switches sebab red switch ini pilihan terbaik untuk menaip dan juga gaming. Tidak terlalu bising ‘clicky’ tetapi masih sedap untuk produktivi dan gaming.
Anggaran kos hardware PC :
Untuk setup Hackintosh dengan kos minimal, boleh guna hardware berikut :
Dual Boot macOS Sierra dan Windows 10
Saya install macOS Sierra 10.12.1 menggunakan pendrive ke dalam SSD Crucial MX300 275GB M.2 dan saya pecahkan kepada dua partition. Kemudiannya, saya setup Sierra, install driver (kext) dan pastikan hardware seperti graphic card, audio, hardware acceleration dsb berfungsi dengan baik. Saya memilih tidak mengguanakan Multibeast dan membuat pemasangan secara manual seperti edit config.plist dan install kext/pkg sendiri. Saya menggunakan Clover sebagai bootloader.
Untuk Windows 10 pula, saya install Windows 10 Anniversary Edition ke dalam SSD Samsung 840 Evo 120GB. Saya juga mempunyai 2 Hard Drive 1TB yang saya penuhkan dengan files, games, movies dan sebagianya.
Ketika startup, saya boleh pilih untuk boot ke macOS Sierra ataupun Windows 10 menggunakan Clover. Dengan cara mengasingkan SSD dan filesystem, saya tidak perlu risau konflik antara sistem operasi yang berbeza.
Jika anda berminat untuk membina PC sendiri samada untuk gaming, untuk dijadikan hackintosh atau untuk edit gambar serta video, boleh jadikan artikel ini sebagai panduan bagi membeli hardware. Sebarang pertanyaan boleh komen ya !
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.9Kviews
- 547
Biskut
Hope ada tutorial buat dualboot dgn macOS(hackintosh) dgn detail. huhu
tgk utube byk pening. and download macOS dri mna? iso format ke?
Einz
Installer macOS ni dalam format .dmg (dari app store macbook/imac)
Encik Zailani
bajet brapo mad?
Einz
Tahun lepas aku spend around rm4k minus monitor, mouse, keyboard, speaker tu
Hardware 100% beli online dan pasang sorang diri kat rumah.
Amarul Samsudin
Salam
Saya nak bertanya.
Macam best plak.
Total kos semua berapa?
Einz
Kalau hardware serta accessories exactly macam PC dalam artikel ini, lebih RM6k juga
tapi kalau tak perlukan hardware premium boleh cut budget to around rm4k including monitor, minus dedicated graphic card
Hafizuddin Wan Yaacob
Thanks for sharing. Dh lama terkubur niat nk buat mcm ni. Boleh tahu total cost brape?
Bro
Bro. Tutorial install hackintosh bro pls😬😬.
Einz
Boleh list hardware PC tak bro? kalau everything compatible memang straightforward – boleh refer tutorial guna unibeast dan multibeast sebagai permulaan
kYo
power einzs trigger
AHMAD
Salam Einz , mcm mana nak dapatkan MacOS dalam hardware bukan apple (custom pc) ?
Einz
0) Pastikan hardware PC tu hackintosh friendly
1) Pinjam komputer mac member kalau ada
1) download installer macOS (latest version 10.2.x sierra)
2) install ke dalam pendrive guna method unibeast
4) install ke dalam separate ssd/hdd khas untuk macOS
5) install driver and setup sampai puas hati
Fazzy
Anggaran kos tak share skali ke bos boleh gak cek bajet haha
Einz
refresh artikel bro. dah tambah cost
RAFIZAN ROMLI
bpe kos pc tersebut….
soz
As salam bro..berapa budget untuk setup 1pc.
Einz
Kalau korang nak buat hackintosh tapi tight budget; boleh start dengan
1) processor : i5-6400 or i5-6500 (under rm1k)
2) motherboard : gigabyte z170 series ddr4 – around RM600 – RM800
3) ram : 8gb ddr4 (RM200)
4) gpu : guna intel HD 530 igpu, graphic card boleh upgrade later
4) psu : any brand at least 550w
5) casing : any casing
6) monitor : any monitor
7) storage : start dengan 120gb SSD (around RM250), later baru tambah hard drive
8) cooler : any cooler
boleh dapat hackintosh ready PC under RM3k
Nas
Kalau mmg tkde komputer mac nk guna unibeast mcm mna ?
Einz
1. download torrent osx 10.12 (.dmg) dari website torrent
2. guna transmac untuk create installer http://www.wikigain.com/create-bootable-usb-installer-macos-sierra-transmac/
Fauzan Hafizie
boh,ejh buat list untuk pc gaming..bajet 2k jh ni..monitor ad dh
Muhammad Faez
salam boss..fuhh.. tetiba rasa nk hackintosh jugak la.. spec saya ni lepas ke nk buat? mcm outdated lah.huhu
1) processor : amd fx 8350
2) motherboard : asus M995A evo r.20
3) ram : 8gb ddr3
4) gpu : r9 270x
4) psu : cooler master 650W
5) hd : cuma ada hd 1tera je..
Einz
Kalau AMD processor, last macOS yang stable ntuk buat hackintosh – yosemite dan el capitan.
macOS yang latest Sierra tak fully support lagi.
r9 270x tu supported, psu dan HDD works fine.
Theoretically boleh, cuma kena mental kuat dan ada banyak masa nak troubleshoot,
pengalaman setup AMD hackintosh dulu perit jugak last2 bila build PC baru ini terus guna intel sebab straightforward.
anyway good luck bro
ashrafidris
Bos ada X tutorial penuh utk set up hackintosh or any video bgi reference?? Mohon share bos. Tq
syai
buat kan boleh ke?
Einz
buat masa sekarang agak sibuk dengan kerja.
tinggal di area mana ye bro?
puppet91
kek mano nk dpt info2 tok wat hackingtosh ni?
Einz
reddit.com/r/hackintosh
forum tonymacx86
forum insanelymac
and lots of reading and youtube.
farid
salam..bro beli mouse tu kat mana? murah betul harga..klu ad online shop yg jual hardware murah tlg bg tau..tq bro..