hackintosh sierra

Dalam artikel lepas saya ada berkongsi mengenai PC Hackintosh saya sendiri dan hardware yang saya gunakan. Ada beberapa komen yang bertanyakan bagaimana untuk membina PC Hackintosh sendiri? Apa yang diperlukan bagi sesebuah PC dijadikan hackintosh?

Hackintosh PC – Apa Yang Anda Perlu Ada

Untuk membina PC Hackintosh anda sendiri, ini antara beberapa perkara yang diperlukan;

1) Hardware mesra sistem operasi MacOS
2) Sedikit bajet tambahan untuk hardware
3) Masa yang banyak
4) Tahap kesabaran yang tinggi

nzxt s340

Hardware mesra sistem operasi MacOS

Perkara paling penting ialah anda perlu menggunakan hardware yang mesra sistem operasi MacOS atau dengan kata lain hardware yang mirip dengan komputer sebenar Apple iMac. Sebagai contoh, iMac menggunakan processor Intel Core i5 dan Core i7 jadi saya amat galakkan anda memilih processor i5 dan i7 generasi Ivy Bridge, Haswell dan Skylake untuk proses install yang mudah dan cepat.

Processor yang popular di dalam komuniti Hackintosh buat masa sekarang ialah : Intel Core i5-6600k dan Intel Core i7-6700k. Anda boleh dapat banyak tutorial menggunakan processor ini di Google dan Youtube.

Processor seperti Intel Core i3 atau Intel Pentium boleh digunakan sebagai hackintosh tetapi anda mungkin perlu banyak percubaan dan pengubahsuaian sebelum berjaya.

Bagi pengguna processor AMD seperti AMD Phenom, AMD FX – secara ringkas MacOS tidak menyokong processor AMD. Akan tetapi anda boleh menggunakan custom kernel yang dibuat khas untuk processor AMD tetapi prosesnya agak kompleks dan tidak semudah menggunakan processor Intel.

Jika anda ingin mencuba hackintosh di PC AMD, versi MacOS yang sesuai ialah Yosemite. Manakala versi paling baru sekarang, MacOS Sierra, anda boleh download custom kernel dalam versi Beta dan cuba ikut langkah seperti dalam tutorial di forum-forum, reddit atau Youtube. Untuk sekadar suka-suka atau belajar ilmu baru, anda boleh cuba distro Hackintosh Zone (Yosemite, Sierra) yang dibuat supaya boleh digunakan di komputer AMD.

gigabyte z170xp-sli

Motherboard yang manakah sesuai untuk PC Hackintosh?

Pilihan paling popular ialah (1) Gigabyte (2) Asus (3) MSI.

Pemilihan motherboard penting bagi membolehkan segala fungsi hardware di dalam motherboard berfungsi dengan sempurna ketika menggunakan sistem operasi MacOS. Sebagai contoh, model motherboard yang saya guna : Gigabyte Z170XP-SLI merupakan motherboard mesra hackintosh – HDMI port, audio, usb 3.0, usb type-C, pci-e, lan ethernet  semuanya berfungsi dengan baik samada secara out-of-box atau cuma perlu install driver (kext).

Memilih model motherboard yang ramai orang guna juga memudahkan anda troubleshoot masalah yang timbul ketika pemasangan sistem operasi MacOS nanti.

Bajet Tambahan Untuk Hardware

tp-link t9e

Masalah yang biasa dihadapi oleh pembina hackintosh ialah kadang-kadang hardware yang sudah ada pada PC itu tidak boleh digunakan seperti WiFi adapter, Bluetooth adapter, ethernet atau sebagainya. Jadi anda perlu ada bajet tambahan untuk membeli hardware baru supaya boleh digunakan di PC Hackintosh.

Sebagai contoh, usb wifi yang saya anda tidak boleh digunakan di Mac, jadi saya terpaksa keluar RM200 untuk beli adapter TP-Link T9E ini yang berfungsi secara out-of-box di dalam MacOS.

Anda juga perlukan satu USB flash drive dengan kapasiti sekurang-kurangnya 8GB untuk digunakan sebagai MacOS usb installer dan untuk menyimpan segala driver atau tool yang penting. Jangan install Windows dan MacOS dalam satu disk yang sama, sebaikknya 1 disk atau SSD untuk Windows dan 1 SSD khas untuk MacOS. Jika anda tidak tahu nak guna graphics card AMD atau Nvidia, jangan beli dulu dan pakai Intel HD Graphics buat sementara.

Masa yang banyak

Jika anda baru pertama kali membina Hackintosh PC, anda mungkin perlu bersedia meluangkan masa yang banyak. Kadang-kadang, silap install sikit dan benda lain jadi kucar-kacir dan terpaksa install balik bermula dari 0.

Tahap kesabaran yang tinggi

Anda juga perlu tahap kesabaran yang tinggi kerana tak semua yang kita harap tu kita akan dapat.

Biasanya ramai orang hampir putus asa ketika memasang Hackintosh apabila berdepan masalah berkaitan Graphics, Audio dan Bootloader. Ketika berdepan masalah, banyakkan bersabar, cuba rujuk banyak-banyak kali tutorial di forum-forum, reddit atau youtube dan kalau hari ini tak berjaya, cuba hari lain.

Percayalah, bila hackintosh dah siap lancar semua boleh guna nanti anda pasti akan tersenyum lebar dengan hati yang puas.


USB Installer Hackintosh

unibeast sierra

Seperti mana install Windows menggunakan usb flash drive, install MacOS juga perlu dilakukan menggunakan usb flash drive dengan kapasiti sekurang-kurangnya 8GB. Jika anda mempunyai rakan yang menggunakan komputer Mac seperti Macbook Pro atau iMac, pinjam sekejap untuk buat usb installer.

1) download Unibeast
2) download MacOS installer dari App Store
3) setup Unibeast ke dalam flash drive
4) setup motherboard anda dan boot ke flash drive
5) install MacOS

Bagaimana jika anda tiada komputer Mac sebenar untuk buat usb installer guna Unibeast?

1) download aplikasi Transmac
2) download installer MacOS dalam format dmg (google untuk links)
3) setup usb installer menggunakan Transmac
4) setup motherboard anda dan boot ke flash drive
5) install MacOS

hackintosh sierra setup

Selamat mencuba!



RELATED POSTS