- 933views
- 7
Apple secara rasmi telah melancarkan iPhone generasi baru pada 10 September 2019 (11 September waktu Malaysia) dan nama model baru ini ialah iPhone 11n, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Berbeza dengan tahun sebelumnya, peminat Apple di Malaysia tidak perlu berteka-teki lagi harga iPhone 11 di Malaysia kerana Apple telah mengemaskini laman Apple Store Malaysia dengan harga model-model baru iPhone 11 sejurus selepas tamatnya acara pelancaran iPhone 11.
iPhone generasi sebelum ini seperti iPhone XR, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga telah menerima penurunan harga serta-merta. Senarai harga baru semua model iPhone anda boleh baca di bahagian bawah artikel ini.
Harga iPhone 11 Pro Malaysia – Bermula RM4899
Harga iPhone 11 Pro :
- 64GB RM4899
- 256GB RM5599
- 512GB RM6499
Harga iPhone 11 Pro Max – Bermula RM5299
Harga iPhone 11 Pro Max :
- 64GB RM5299
- 256GB RM5999
- 512GB RM6899
Harga iPhone 11 – Bermula RM3399
iPhone 11 merupakan model iPhone XR untuk tahun 2019. Harga iPhone 11
- 64GB RM3399
- 128GB RM3599
- 256GB RM4099
Harga iPhone XR, iPhone 8, iPhone 8 Plus 2019
Harga terkini iPhone XR 2019
- 64GB RM2899
- 128GB RM3099
Harga terkini iPhone 8 2019
- 64GB RM2199
- 128GB RM2399
Harga terkini iPhone 8 Plus 2019
- 64GB RM2699
- 128GB RM2899
iPhone generasi baru ini akan mula dijual di Malaysia bermula 27 September ini. Tak perlu lagi beli imported set dari Singapore atau negara luar.
Mengikut pendapat saya, model iPhone XR 128GB (RM3599) akan menjadi model iPhone paling popular untuk 2019-2020 sehinggalah pelancaran iPhone yang seterusnya. Agak mengecewakan kerana iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro masih dijual dengan base storage 64GB dan anda perlu membelanjakan RM700 ! untuk upgrade storage ke 256GB.
Apa pendapat anda mengenai harga iPhone 11 di Malaysia?
Sumber : Apple Malaysia
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 933views
- 7