Apple akhirnya mengemaskini harga terbaru bagi iPhone6 dan iPhone6 Plus selepas pelaksanaan GST bermula pada 1 April 2015. Harga baru ini menampakkan peningkatan ketara dengan model base iPhone 6 16GB kini berharga RM2702 dan iPhone 6 Plus 16GB kini berharga RM3126.
Selain daripada iPhone, model-model iPad dan iPad Mini juga mengalami peningkatan harga. Saya sempat printscreen harga sebelum dan selepas GST bermula untuk anda buat perbandingan di bawah.
Harga iPhone 6 GST
November 2014 | Mac 2015 | April 2015 | |
iPhone6 16GB | RM 2399 | RM 2549 | RM 2702 |
iPhone6 64GB | RM 2749 | RM 2949 | RM 3126 |
iPhone6 128 GB | RM 3149 | RM 3349 | RM 3550 |
Manakala harga bagi iPhone 6 Plus termasuk GST adalah seperti berikut;
November 2014 | Mac 2015 | April 2015 | |
iPhone6 Plus 16GB | RM 2749 | RM 2949 | RM 3126 |
iPhone6 Plus 64GB | RM 3149 | RM 3349 | RM 3550 |
iPhone6 Plus 128GB | RM 3549 | RM 3749 | RM 3974 |
Harga iPad Sebelum dan Selepas GST
Berikut merupakan harga semua model iPad pada 30 Mac 2015 dan 1 April 2015. Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.
Peningkatan yang ketara !
Seperti yang saya telah jangkakan dalam artikel sebelum ini, kesan GST ke atas harga gajet, iPhone, iPad adalah agak besar kerana harga peranti tersebut kini menjadi lebih mahal. Pada masa yang sama juga, perkara positif bagi pemilik iPhone dan iPad sedia ada ialah resale value juga meningkat. 😉
Kalau hendak beli iPhone atau iPad, cuba cari kedai yang masih mengekalkan harga lama kerana anda mampu menjimatkan beberapa ratus dari membeli pada harga harga baru ini. Tak pasti ada lagi atau tak, kena cuba survey sendiri.
Apa pendapat anda mengenai peningkatan harga iPhone dan iPad pasca GST ini?
Sumber : Apple Store Malaysia
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Anonymous
5