Rasmi – Harga iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah diumumkan dengan harga bermula RM3659 dan akan mula dijual di Malaysia bermula 20 Oktober 2017 ini. Pra-tempah juga akan dibuka pada 13 Oktober 2017 manakala telco-telco utama pula akan melancarkan pelan iPhone 8 dalam masa terdekat.
iPhone 8 Mula Dijual Pada 20 Oktober 2017 Di Malaysia
Apple akan menjual iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam tiga versi warna iaitu Space Grey, Silver dan Gold. Harga bagi iPhone 8 di Malaysia pula dijangka adalah seperti berikut :
- iPhone 8 64GB – RM3649
- iPhone 8 256GB – RM4399
- iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
- iPhone 8 Plus 256GB – RM4899
Pelan iPhone 8 telco juga boleh dilihat di laman Celcom, Maxis, Digi dan Umobile.
Sudahkan anda bersedia untuk memiliki iPhone 8 yang serba canggih ini atau rela menunggu iPhone X? Kalau anda mahu tunggu iPhone X, anda perlu menunggu sehingga seawal-awalnya bulan Disember 2017 ini untuk pelancaran iPhone X di Malaysia.
Sumber : Apple Store Malaysia
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
sofea
cun wehh