- 93views
- 7
Jika anda masih ingat, iPhone SE pertama kali dilancarkan pada tahun 2016 menggunakan rekaan iPhone 5S dengan spesifikasi iPhone 6S. Walaupun IPSE boleh dikategorikan sebagai model lama, masih ramai yang meminati rekaan iPhone bersaiz kecil berbanding saiz model terbaru yang lebih besar dan sukar dikendalikan dengan sebelah tangan.
Khabar angin mengenai pelancaran iPhone SE generasi baru mula tersebar di internet sejak tahun lepas lagi dan pada awal tahun 2020, saya telah menulis artikel – Ini Adalah iPhone 9 (iPhone SE 2) Baru Dengan Rekaan Berasaskan iPhone 6S/7/8. Dan akhirnya pada 15 April 2020, iPhone SE 2020 telah dilancarkan, dan menggunakan rekaan sama seperti iPhone 6S/7/8 seperti dalam khabar angin. Menariknya, harga iPhone SE 2020 bermula RM1999 dan dilengkapi cip processor yang laju iaitu A13 Bionic, sama seperti iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max yang berharga jauh lebih mahal.
Harga iPhone SE 2020 Bermula RM1999 sehingga RM2699
Harga bagi iPhone SE 2020 adalah seperti berikut;
- 64GB – RM1999 (White, Black, Product RED)
- 128GB – RM2199 (White, Black, Product RED)
- 256GB – RM2699 (White, Black, Product RED)
Tarikh mula dijual di Malaysia dijangka pada penghujung April 2020, sempat beli sebelum raya.
Kelebihan iPhone SE 2020
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 93views
- 7