harga iphone se di malaysia

Harga iPhone SE di Malaysia kini sudah didedahkan secara rasmi oleh Apple Store Malaysia. RM1949 merupakan harga permulaan bagi iPhone SE dengan kapasiti storan 16GB dan boleh didapati dalam pilihan 4 warna iaitu Rose Gold, Gold, Silver dan Space Grey.

Harga iPhone SE di Malaysia

harga iphone se 64gb

Manakala harga bagi iPhone SE 64GB ialah RM2449 – dan ia sedikit mengecewakan, kerana jurang harga antara model 16GB dan 64GB ialah sekitar RM500. Kami jangkakan harga yang dijual oleh telco (subsidized) dan pihak ketiga adalah lebih berpatutan kerana sejujurnya adalah lebih berbaloi memiliki iPhone dengan kapasiti storan besar untuk kegunaan masa panjang.

Tarikh penjualan iPhone SE dijangka dalam masa terdekat dan anda tidak perlu menunggu lama atau terpaksa membeli iPhone SE grey imported set yang dijual secara meluas di laman e-commerce dan media sosial.

iphone se voting

Di artikel lepas, saya membuat undian untuk mengetahui minat pembaca untuk memiliki iPhone SE dan majoriti pengundi memilih Ya. Adakah dengan pengumuman harga iPhone SE secara rasmi ini menggembirakan anda atau sebaliknya?

Sumber : Apple Store Malaysia

675 total views, 1 views today