Semalam 13 Oktober 2017, Apple telah mengesahkan harga bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia bermula dengan RM3649. Kini, Apple Malaysia juga telah mengumumkan harga bagi iPhone X 64GB dan iPhone X 256GB yang dijangka dijual di Malaysia pada Disember 2017 atau awal Januari 2018 depan.
Harga iPhone X di Malaysia
Harga iPhone X menurut Apple Malaysia ialah
- iPhone X 64GB RM5149
- iPhone X 256GB RM5899
Harga iPhone model terbaru ini menjadikan iPhone X sebagai model iPhone dengan harga paling mahal dalam sejarah penjualan iPhone di Malaysia. Walaupun harga iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh dikategorikan sebagai mahal, tetapi ianya lebih masuk akal berbanding harga iPhone X yang melebihi RM5000. Pada masa sama, harga pesaing terdekat iPhone X iaitu Samsung Galaxy Note 8 (RM3699) kini jadi lebih tolerable.
Untuk makluman anda, iPhone X hadir dengan 5W USB Power Adapter seperti iPhone generasi sebelumnya. Anda perlu membeli sendiri adapter fast charging dan juga wireless charger untuk menikmati pengalaman fungsi baru iPhone X dengan sepenuhnya.
Apa pendapat anda mengenai harga bagi iPhone X Malaysia?
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Ahmad
blog engko masalah ni bro. nak ke page 2 x blh. bila klik x da respon apa pun
Einz
tengah debug test. mungkin akan tukar ke theme lain pula