Xiaomi Mi 9T Pro Berharga RM1599 – Smartphone Snapdragon 855 Paling Murah di Malaysia

harga mi9t pro malaysia

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi Mi 9T Pro (Redmi K20 Pro) di Malaysia – iaitu bermula RM1599 untuk model 6GB + 64GB dan RM1799 untuk model 6GB + 128GB. Dengan ini Mi 9T Pro merupakan telefon pintar dengan cip Snapdragon 855 paling murah di Malaysia dan mempunyai spesifikasi jauh lebih baik daripada Xiaomi Mi 9 (RM1699) yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Mi 9T Pro Mi Store Lazada
Mi 9T Pro Mi Store Shopee

Xiaomi Mi 9T Pro Berharga RM1599 – 3 Kamera, Laju dan Berkuasa

mi9t pro malaysia

Xiaomi Mi 9T Pro dan Mi 9T mempunyai spesifikasi yang hampir sama, cuma yang membandingkan ialah cip Snapdragon yang digunakan. Mi 9T menggunakan Snapdragon 730 manakala Mi 9T Pro menggunakan Snapdragon 855. Snapdragon 855 adalah lebih berkuasa untuk gaming dan kegunaan lain secara umumnya.

BACA :  Ulasan Redmi Airdots - Sebuah Earphone Bluetooth yang Berkualiti & Murah

Spesifikasi Mi 9T Pro


  • Snapdragon 855 Processor
  • 6GB + 64GB atau 6GB + 128GB
  • 3 Kamera – 48MP 26mm + 8MP tele + 13MP ultrawide
  • Pop-up kamera depan tanpa notch
  • Skrin AMOLED FHD+ 6.39″
  • Sensor fingerprint terbina dalam skrin
  • 4000 mAh bateri dengan fungsi fast charging

Beli online Xiaomi Mi 9T Pro

harga mi9t pro malaysia

Mi 9T Pro akan mula dijual di Malaysia bermula 30 Ogos 2019 dengan 3 pilihan warna – Biru (Glacier Blue),  Merah (Glacier Red) dan Hitam (Carbon Black). Pendapat peribadi kami, rekaan warna Glacier Blue dan Glacier Red lagi cantik manakala warna Carbon Black agak membosankan bila lihat di depan mata.

Klik butang di bawah untuk membuat pembelian anda daripada Mi Store Online.

Mi 9T Pro Lazada | Mi 9T Pro Shopee

Jika kawan-kawan anda mencari smartphone baru yang kamera cantik, prestasi laju dan harga murah, tiada yang lain kami boleh cadangkan selain Mi 9T Pro atau Mi 9T. Kongsikan link artikel ini kepada rakan-rakan anda.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply