SKMM pada hari ini (7 Oktober 2018) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengurangan harga jalur lebar talian tetap seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi kita beberapa bulan lepas. Menurut SKMM, syarikat telekomunikasi kini telah menawarkan pakej-pakej internet kelajuan tinggi dengan harga rendah – harga permulaan di bawah RM100.
Harga Pakej Jalur Lebar Lebih Murah Untuk Rakyat – SKMM
KENYATAAN MEDIA:
Rakyat Akan Nikmati Pengurangan Harga Jalur Lebar Talian Tetap – https://t.co/BBFGVweIOR#MCMC #SKMM #broadband #jalurlebar pic.twitter.com/q7ExFUhgX3
— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) October 7, 2018
Harga pakej terkini yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.
Pakej Telco | Sebelum MSAP | Selepas MSAP | % Pengurangan |
TM – 30 Mbps | RM139 | RM79 | 43% |
Celcom – 40 Mbps | RM180 | RM80 | 56% |
Maxis – 30 Mbps | RM139 | RM89 | 36% |
Time – 100 Mbps | RM149 | RM99 | 34% |
Pengurangan harga pakej internet jalur lebar sememangnya berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat sejak sekian lama. Terutama sekali pakej Time 100 Mbps pada harga RM99 sebulan.
Walaupun TM menurunkan harga pakej Unifi 30 Mbps daripada RM139 ke RM79 – pakej baru Unifi 79 itu tidak lagi unlimited dan pelanggan hanya boleh menggunakan internet dengan had kuota 60GB sebulan. Pada masa sama juga, pengguna Streamyx masih membayar harga pakej yang mahal dan belum ada lagi berita yang mereka akan menerima pengurangan harga juga.
Saya harap pihak Menteri Komunikasi, SKMM dan TM segera mengeluarkan kenyataan mengenai status harga pakej Streamyx kerana ramai pengguna Streamyx tidak tahan dengan harga mahal dan kelajuan yang tidak memuaskan.
Update 081018 : Menteri Komunikasi telah mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai harga pakej Streamyx.
Sumber : SKMM
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥