Perbezaan Harga RAM DDR4 Desktop – 2015 vs 2018

ddr4 ram malaysia

Tahukah anda, harga hardware komputer seperti graphic card, RAM, SSD memang sangat mahal dan tiada tanda-tanda harga akan turun dalam masa terdekat ini. Baru-baru ini saya sengaja cari balik invois lama RAM DDR4 desktop untuk periksa harga dan agak terkejut juga bila saya bandingkan harga RAM yang saya beli tahun 2015 dengan harga RAM di awal tahun 2018 ini.

Perbezaan Harga RAM DDR4 Desktop – 2015 vs 2018

harga ram ddr4

Kingston Hyper-X Fury 8GB DDR4 2666MHZ – harga pada tarikh 1/9/2015 ialah RM299. Pada masa ini, harga RM299 boleh dikatakan agak mahal kerana RAM DDR4 masih lagi baru di pasaran untuk motherboard Intel Skylake.

harga ram ddr4 desktop

Kingston Hyper-X Fury 8GB DDR4 2666MHz – harga pada tarikh 24/1/2018 ialah RM408 (harga paling rendah dalam senarai carian).┬áRAM yang sama tetapi nombor model berlainan (revision).

RAM DDR4 2666MHz bukan lah RAM kelas tinggi tetapi anda perlu ada RM400 hanya untuk membeli sekeping RAM 8GB. Mahal kan ?

harga ram gaming pc

Bagaimana dengan harga RAM gaming pula?

Hampir RM1000 ! Hanya untuk 16GB DDR4-3200 RAM.

Harga RAM yang mahal, ditambah pula dengan harga graphic card dan SSD yang juga mahal sekarang merupakan masalah besar bagi mereka yang bercadang membina Desktop PC sendiri. Kalau anda tidak perlukan upgrade hardware dalam masa segera, lebih baik tunggu dan lihat dulu atau beli hardware second-hand untuk jimat.



RELATED POSTS

Leave a Reply