Harga Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra di Malaysia – Bermula RM3599 – RM4999

harga samsung galaxy s20 ultra malaysia

Semalam (12 Feb 2020 / 3 Pagi waktu Malaysia) Samsung telah melancarkan smartphone kelas flagship yang dinantikan ramai setiap awal tahun iaitu Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra. Galaxy S20 Ultra adalah model paling berkuasa di antara 3 model ini – dengan kelebihan sensor camera 108 megapixel, bateri 5000 mAh, RAM sehingga 16GB, keupayaan kamera “Space Zoom” sehingga 100x berbanding smartphone biasa hanya 2x zoom, rakaman video resolusi 8K serta modem 5G.

Kini Samsung Malaysia telah mengumumkan harga S20 Ultra, S20+ dan S20 untuk pasaran tempatan, dan saya boleh kata ianya sangat kompetitif dan jauh lebih murah berbanding harga S20 di US, Europe dan negara lain.

Harga Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra di Malaysia

pre-order samsung galaxy s20 malaysia

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra di Malaysia:

  • Galaxy S20 128GB – RRP RM3599
  • Galaxy S20+ – RRP RM3999
  • Galaxy S20 Ultra – RM4999

Jika dibandingkan dengan harga pasaran luar, pengguna Malaysia lebih untung kerana harga lebih murah. Sebagai contoh, S20 Ultra di US berharga $1399 (sekitar RM5787).

Harga siri Galaxy S20 di Malaysia juga sangat kompetitif dengan harga iPhone generasi terbaru Apple, di mana S20 mempunyai harga yang sama dengan iPhone 11 128GB iaitu RM3599. Galaxy S20 Ultra RM4999 pula lebih murah daripada iPhone 11 Pro Max yang berharga RM5299 untuk model 64GB.

Pre-order Samsung Galaxy S20 di Malaysia – Percuma Galaxy Buds+ Bernilai RM599

galaxy buds+ malaysia

BACA :  Apple Dilaporkan Sengaja Memperlahankan Prestasi iPhone Lama Dengan Cas Bateri Yang Rendah
⠀⠀⠀

Samsung kini membuka pre-order Samsung Galaxy S20 bermula 12.2.20 sehingga 26.12.20 dan pelanggan yang membuat pre-order model Galaxy S20+ dan S20 Ultra akan dapat Galaxy Buds+ bernilai RM599 secara percuma. 

Klik link berikut atau butang di bawah untuk pre-order : Galaxy S20+ dan S20 Ultra.

Infographic Galaxy S20 Series

galaxy s20 ultra malaysia

galaxy s20+ malaysia

galaxy s20 malaysia

Sumber : Samsung Newsroom



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply