sony a6300 harga malaysia

Berita baik kepada peminat kamera Sony Mirrorless di Malaysia kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kamera Sony A6300 . A6300 merupakan model terbaru dalam siri A6XXX Aps-c mirrorless yang menggantikan model lama Sony A6000 yang dilancarkan pada awal 2014. A6300 ditujukan khas kepada golongan ‘prosumer’ yang mahukan kamera yang bersaiz kompak tetapi mampu menghasilkan gambar dan video yang berkualiti tinggi seperti kamera DSLR dan Handycam yang lebih bersaiz besar.

Kebolehan rakaman 4K dengan ‘flat video profile’, rakaman video 1080p 120fps serta kebolehan menggunakan lens daripada Canon dan Sigma dengan fungsi autofocus melalui adapter adalah antara beberapa faktor pelaris kamera ini di pasaran.

Sony A6300 Berharga RM4999 di Malaysia

harga sony a6300 di malaysia

Sony Malaysia telah mengumumkan secara rasmi bahawa harga Sony A6300 di Malaysia ialah RM4999 untuk body sahaja. Anda boleh membeli pakej bundle dengan kit lens atau lens Sony 16-70mm F4 OSS serta Sony 18-105G F4 OSS yang dikhaskan bagi kegunaan walk around dan video. RM4999 boleh dikatakan harga yang agak tinggi kerana menghampiri harga Full Frame Body daripada Canon, Nikon malahan Sony A7 II Full Frame juga di dalam lingkungan harga tersebut.

harga sony a6300 di malaysia

Jika anda merasakan RM4999 terlalu tinggi, Shashinki telah mengumumkan bahawa harga Sony A6300 di kedai online mereka ialah RM4452.00 dan lebih hampir kepada RRP $1000 seperti di pasaran luar negara. Harga biasanya turun selepas beberapa bulan di pasaran dan saya berharap dapat membeli body A6300 pada harga di bawah RM4000 di masa akan datang.

Apa pendapat anda mengenai harga Sony A6300 di Malaysia?

 

 

546 total views, 2 views today