honor 7 enhanced review



Honor 7 Enhanced┬á(H7E) merupakan smartphone dalam harga pertengahan yang padat fungsi berguna seperti fingerprint sensor, hybrid dual-sim + micro-sd slot disamping rekaan ‘solid’ logam dan kualiti kamera yang memuaskan. Bagi anda yang berminat memiliki phone H7E, pastikan baca dulu review ringkas daripada saya ini dari awal sampai akhir.

Honor 7 Enhanced Review

honor-7-enhanced-review-2

honor-7-enhanced-review-3

Honor 7 Enhanced bukan lah telefon pintar model terbaru, cuma ia sedikit lewat dilancarkan di Malaysia iaitu pada awal 2016. Ia merupakan versi peningkatan daripada Honor 7 yang dilancarkan pada pertengahan 2015. Bezanya, H7E mempunyai ruang storan 32 GB dalaman dan 3GB RAM berbanding Honor 7 yang mempunyai 16GB ruang storan dalaman dan 2GB RAM. H7E pula hanya dijual dalam warna emas, bagi membezakan model yang lebih premium.

hybrid dual sim slot

H7E menggunakan Hybrid Dual Sim + Micro SD slot, anda boleh baca mengenai teknologi ini di artikel yang saya buat sebelum ini.

Harga Honor 7 Enhanced

Harga saranan bagi H7E ialah RM1499 di Vmall Malaysia. Jika anda bertuah, anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM100 – RM200 dengan membeli Honor 7 Enhanced di Lazada Malaysia. Saya berpeluang membeli H7E pada harga RM1299 ­čÖé

Sampel gambar dari kamera H7E

Kamera utama H7E mempunyai sensor 20 MP Sony IMX230 yang mempunyai autofocus pantas (pdaf) dan aperture F/2.0. Aplikasi kamera agak biasa tetapi dalam pencahayaan yang baik mampu menghasilkan gambar yang baik dan terperinci.

Sampel gambar berikut adalah terus dari phone dan tanpa edit.

honor-7-enhanced-camera-sample-1

honor-7-enhanced-camera-sample-3

 

honor-7-enhanced-camera-sample-4 honor-7-enhanced-camera-sample-2

 

Review Ringkas Honor 7 Enhanced

Perkara positif bagi Honor 7 Enhanced

  • Laju (gabungan cip Kirin 935 dan 3GB RAM)
  • Binaan badan logam yang lebih ‘solid’ dan premium
  • Tiada ‘bloatware’ dalam Android versi EMUI
  • Kualiti kamera yang memuaskan
  • Kamera depan dengan flash membolehkan selfie dalam keadaan ‘low-light’ dan menghasilkan gambar yang kurang┬á‘noise’
  • Ruang storan yang besar serta pilihan menggunakan micro-sd card
  • Fingerprint sensor sangat berguna untuk unlock phone, mengambil gambar selfie atau sebagai home button
  • Pilihan menggunakan dual-sim
  • Bateri 3100 mAH yang boleh bertahan sehari penggunaan
  • Didatangkan dengan adapter fast charging
  • Mempunyai sokongan ‘tap to unlock’

Perkara negatif bagi Honor 7 Enhanced

  • Tiada rakaman video 4K
  • Tiada rakaman video 1080p 60 fps
  • Kualiti rakaman video 1080p 30fps yang kurang memuaskan
  • Tiada image stabilization pada kamera, memerlukan tangan yang stabil bagi mengelakkan gambar jadi ‘blur’
  • GPU bagi cip Kirin 935 agak lemah, jadi kurang sesuai bagi bermain games atau emulator di Android
  • H7E yang dijual di Malaysia mempunyai Android versi Lollipop dan bukan Marshmallow seperti di pasaran lain

Kesimpulan review Honor 7 Enhanced

Honor 7 Enhanced merupakan smartphone yang sesuai untuk kebanyakan pengguna kasual yang tidak memerlukan rakaman video 4K, 1080p 60fps dan juga versi Android yang paling terbaru. Prestasi yang laju, kamera yang memuaskan serta fungsi yang berguna seperti dual-sim, micro-sd, selfie flash dan fingerpint sensor merupakan faktor utama penarik bagi H7E. Rekaan Honor 7 Enhanced yang premium juga mampu membuatkan ramai orang terpikat.

Jika harga Honor 7 Enhanced diluar bajet anda, Honor 5X juga pilihan yang sesuai dan tidak jauh bezanya.

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya!



RELATED POSTS