Berita mengecewakan kepada pengguna Hotlink prepaid unlimited data plan 35 (3Mbps) dan Hotlink Prepaid Unlimited 45 (6Mbps) kerana Hotlink telah mengenakan sekatan FUP (fair usage policy) dengan mengurangkan kelajuan data kepada 512Kbps. Mungkin orang-orang besar dekat Maxis HQ tengah feeling nostalgic, mereka nak pengguna internet di Malaysia rasa kelajuan internet tahun 2001 di tahun 2021.
Ah, ini serius tak kelakar ! Bayar RM35, RM45, RM50 sebulan bukannya murah ! Dalam iklan unlimited, tapi pandai-pandai tukar policy bagi speed 512kbps. Memang kaya meniaga macam ni. Mudah saja alasan mereka, PKP.
Hotlink Throttle Internet Speed 512kbps Prepaid Unlimited 35/45
Menurut portal Lowyat dan SoyaCincau, alasan yang diberikan oleh Hotlink ialah FUP ini dibuat berikutan PKP dan ia bermula waktu puncak 8 malam hingga 12 pagi setiap hari supaya pengguna data Hotlink dapat kelajuan sama rata dan tiada gangguan.
Bagi saya tindakan Hotlink ini tidak wajar kerana menindas pengguna tanpa pemberitahuan notis lebih awal. Seperti semua sedia maklum, internet merupakan keperluan yang sangat sangat penting ketika pandemik ini dan kelajuan 512kbps adalah purba dan tidak boleh diterima akal kerana bayaran bulanan bukannya murah. Nilai RM35, RM45, RM50 sebulan itu sangat besar kerana ramai individu B40 yang menggunakan plan ini sebagai alternatif kepada ketiadaan internet laju broadband fiber di kediaman mereka.
Adakah anda salah seorang pengguna Hotlink Prepaid Unlimited RM35 3Mbp, RM45 6Mbps yang terkesan dengan FUP Hotlink yang mengurangkan speed kepada 512kbps? Suaran kekesalan anda di social media – semoga ada uturn balik di pihak mereka.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥