Hotlink Memperkenalkan Plan Prabayar Unlimited Data dan Unlimited Call Pada Harga RM35 Sebulan

hotlink prepaid unlimited data rm35

Maxis / Hotlink dan tawaran menarik dengan harga murah adalah sesuatu yang sangat-sangat jarang kita dengar. Lazimnya, telco Oren yang sering kali menawarkan pakej unlimited data dan call dengan harga runtuh, tetapi hari ini Hotlink melakukan kejutan dengan melancarkan produk baru yang sangat kompetitif – Hotlink Prepaid Unlimited Data & Call pada harga bermula RM35 sebulan.

Hotlink Prepaid Unlimited Data & Call – RM35 Sebulan

hotlink unlimited data call rm35 prepaid

Pakej Hotlink Prepaid Unlimited atau Hotlink Prabayar Tanpa Had ini hadir tepat ketika sebilangan besar rakyat Malaysia bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan kebimbangan ekonomi dan kestabilan pekerjaan dan sudah ramai mula memikirkan untuk cut cost, here and there. Plan RM35 untuk unlimited data dan unlimited call ke semua telco adalah tawaran yang sangat menarik ketika ini, dan dijangkakan plan ini akan jadi sangat popular terutama di kalangan golongan muda.

Hotlink Prepaid Unlimited RM35Hotlink Prepaid Unlimited RM45
Internet speed3Mbps6Mbps
Unlimited callUnlimited call ke semua rangkaian telcoUnlimited call ke semua rangkaian telco
Hotspot TiadaTiada
Kuota Fair Usage Policy (FUP)50GB50GB
Kelajuan selepas lebih FUP512kbps512 kbps

Hotlink Prepaid Unlimited – Kuota FUP 50GB Untuk Pelan 3Mbps RM35 dan 6Mbps RM45

Walaupun pelan Hotlink Prepaid Unlimited ini menawarkan “unlimited data” pada kelajuan 3Mbps (RM35 sebulan) dan 6Mbps (RM45 sebulan), adalah penting untuk anda tahu bahawa Hotlink mengenakan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy / FUP). Kuota FUP bagi kedua-dua pelan ialah 50GB sebulan.

Ini bermakna, anda hanya boleh guna “unlimited data” pada kelajuan 3Mbps atau 6Mbps setakat 50GB kuota FUP. Selepas kuota FUP habis, bermakna anda telah guna lebih 50GB data sepanjang bulan, anda hanya akan dapat akses internet menggunakan data dengan kelajuan 512kbps.

Bagi saya, adalah berbaloi untuk pilih plan Hotlink Prepaid Unlimited RM45 kerana kelajuan 2 kali ganda iaitu 6Mbps, yang saya kira sudah cukup laju untuk stream video HD, bermain social media dan sebagainya.

Hotlink kini telah mula menjual pakej SIM card Hotlink Prepaid Unlimited Data di kedai-kedai telefon, 7E dan sebagainya pada harga RM10. Tinjauan awal saya di Shopee juga telah ramai yang sudah mula jual.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply