- 1.7Kviews
- 140
Laptop di bawah harga RM2500 boleh dikatakan menjadi pilihan ramai pembeli di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar. Asus, Acer, Dell, HP, Lenovo dan sebagainya banyak mengeluarkan model-model laptop di dalam lingkungan harga ini namun kebiasannya laptop-laptop tersebut mempunyai pelbagai kelemahan demi menjimatkan kos. Antara kelemahan tersebut ialah saiz yang tebal dan berat, skrin resolusi rendah, ketahanan bateri yang tidak memuaskan serta banyak lagi.
Baru-baru ini saya membeli laptop baru – iaitu HP Pavilion 14 al102TX, pada harga RM2.4k dan boleh dikatakan mencapai expectation saya sebagai laptop yang sesuai untuk mainstream. Tidak perfect, ada beberapa kelemahan tetapi sudah cukup bagus dan berbaloi dengan harga.
HP Pavilion 14 al102TX Review
Spesifikasi HP Pavilion 14-al102TX (Kaby Lake)
- Processor Intel Core i5-7200U (Kaby Lake)
- 14″ 1920 x 1080 IPS display
- 4GB DDR4 RAM
- Nvidia GT940MX 2GB Graphic
- Berat 1.59kg
- Backlit keyboard
- Dua pilihan warna – Gold atau Silver
Kualiti binaan laptop ini adalah sederhana – material luar ialah aluminium, manakala bahagian dalam adalah hampir keseluruhan plastik (keyboard, trackpad, bezel skrin dan bahagian bawah). Dilengkapi speaker stereo Bang & Olfusen, laptop ini mempunyai kualiti audio yang agak memuaskan dan bunyi kuat – sesuai untuk menonton movie ataupun bermain games.
Skrin laptop ini adalah glossy, menggunakan panel IPS dan mempunyai resolusi 1920×1080. Ini merupakan fungsi yang membezakan laptop ini dengan laptop lain di bawah harga RM2500, di mana majoriti masih lagi menggunakan skrin display TN-Panel dengan resolusi rendah iaitu 1366×768. Kelebihan panel IPS ialah warna yang lebih terang serta viewing angle yang luas. Nak edit gambar atau video, nak view banyak images, nak baca banyak teks — pilihlah display IPS panel untuk lebih puas hati.
Walaupun dari segi brightness, color accuracy display laptop HP ini tidak sebagus monitor IPS lain, tetapi masih lebih baik berbanding kebanyakan laptop lain.
(Nota : default scaling laptop ini out-of-box ialah 150% dimana icon dan butang sangat besar, saya sarankan ubah kepada 125% atau 100% untuk screen estate yang luas).
Berat laptop ini ialah 1.59kg dan sedikit tebal jika dibandingkan dengan laptop kelas Ultrabook. 3 USB port, 1 card reader, 1 HDMI dan 1 headphone/mic jack. Sedikit mengecewakan kerana tidak didatangkan dengan port USB Type C kerana saya berpendapat USB Type C sangat penting untuk tahun 2017 ke depan.
Satu lagi fungsi ekstra yang jarang ada bagi laptop di bawah RM2500 ialah backlit keyboard. Anda boleh enable/disable backlit keyboard dengan menekan butang F5. Sekiranya perlu untuk menjimatkan bateri, anda boleh off fungsi backlit keyboard ini.
Laptop keluaran 2016 sekarang sudah banyak yang menggunakan bateri Li-Ion seperti Macbook Pro. Kelebihan bateri Li-Ion ialah boleh cas dengan lebih pantas serta ketahanan bateri yang lebih panjang. Menurut HP, laptop ini boleh bertahan selama 9 jam menggunakan bateri tetapi dalam penggunaan seharian, 6 jam bateri lebih realistik ketika menggunakan wifi dan brightness skrin 100%.
Dari segi performance, HP Pavilion 14 al102TX ini dilengkapi processor Intel generasi baru iaitu i5-7200U dan ram 4GB DDR4. Storan pula ialah 1TB Sata Hard Drive. Untuk kegunaan multimedia dan mainstream, laptop ini sudah cukup laju namun untuk power user, ram 4GB dan tiada SSD sedikit mengecewakan. Menurut Notebookcheck, laptop HP Pavilion 14 mempunyai dua slot ram dan slot M.2 untuk SSD, jadi saya sarankan anda tanya di kedai laptop untuk upgrade laptop ini sebelum atau selepas membeli.
Jika anda berminat untuk gaming, Nvidia GT940mx sesuai untuk game mainstream seperti Fifa, Dota 2, Overwatch dan kebanyakan games Steam lain. Cuma untuk memainkan games AAA seperti GTA V, The Witcher 3 dan sebagainya, digalakkan run games pada resolusi 1366×768 dan gunakan custom grafik settings.
Anda boleh youtube “Nvidia 940M gaming” atau “Nvidia 940mx gaming” untuk lebih idea mengenai keupayaan cip grafik ini.
Jika anda berminat untuk membeli laptop ini secara online, boleh beli di link di bawah
Sebarang soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ya.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.7Kviews
- 140
Nuar
Salam
Apa beza hp pavillion 14 (AL102TX) dengan hp pavillion 15(au102tx) selain drpd saiz ?
keyboard pavillion 15(au102tx) ada fungsi backlit juga ke ?
Einz
salam, HP 15-au102tx hampir sama tapi tak serupa dengan HP 14-al102tx
beza paling ketara, HP 15 ada dvd drive, lebih berat (2.04kg) dan skrin full HD bukan IPS…so kurang cantik sikit display quality
both model ada backlit keyboard
kalau nak saiz 15 tapi skrin Full HD IPS boleh pilih model nie; 15-au104TX dengan 15-au136TX
Nuar
penggunaan bateri lebih 4 jam ke ? dan bateri dia boleh tanggal macam biasa tak utk HP 14-al102tx ?
tq
Einz
Bateri up to 6 jam, full brightness wifi on lampu keyboard on.
Kalau brightness reduce, lampu keyboard turn off boleh dapat lebih pada tu
Einz
Official spec listed up to 9 jam battery life, tapi depends on usage individu tu sendiri…
dosz
kalo dibandingkan dengan asus a456ur i5 7th gen mna ok
Einz
asus a456 i5 7200u yang gpu GT930MX tu ke?
harga nak lebih kurang dengan HP ni dah cuma display lagi inferior, tiada backlit keyboard dan graphic card 930mx lagi lemah dari 940mx.
dosz
yup model tu.. tpi asus boleh up ram sampai 16gb..adakah tu pon main peranan penting jgk @ sebaliknya..
dosz
hp pavilion ni boleh upgrade ram jgk ke..
Einz
upgrade ram hp ni kena hantar kedai. sebab laptop ni kategori thin/light so bottom dia takleh bukak screw straightforward camtu je.
try jalan2 kat kedai komputer tengok laptop ni real life.
Pimet
Pengunaan setakat ni macam mana? Berbaloi? Ada tak lag?