hp pavilion 14 laptop

Minggu lepas saya order satu laptop untuk adik saya yang baru melanjutkan pelajaran. Untuk pelajar, laptop yang saya rasa sesuai ialah laptop yang ringan, mempunyai skrin display yang memuaskan serta ketahanan bateri yang sekurang-kurangnya 5-6 jam. Akhirnya terjumpa laptop HP Pavilion 14 model baru ini, menepati kriteria laptop yang sesuai untuk pelajar dan pada harga yang tidak terlalu mahal.

HP Pavilion 14 Laptop (Kaby Lake)

hp pavilion 14 laptop

Spesifikasi HP Pavilion 14 (Kaby Lake)

  • Processor Intel Core i5-7200U (Kaby Lake)
  • 14″ 1920 x 1080 IPS display
  • Nvidia GT940MX 2GB Graphic
  • Berat 1.59kg
  • Backlit keyboard
  • Dua pilihan warna – Gold atau Silver

Harga retail bagi laptop HP ini ialah RM2599 (sumber : HP Malaysia) tetapi berdasarkan carian saya banyak kedai jual pada harga sekitar RM2400 +-. Dengan harga sekitar RM2400+- boleh dikatakan hanya HP sahaja menawarkan laptop dengan processor generasi baru, display 108op IPS, Nvidia graphic serta backlit keyboard. Asus, Acer, Lenovo dan Dell dilihat masih belum menyertakan lagi display 1080p IPS dan backlit keyboard pada laptop mainstream yang di jual pada harga RM2500 mereka.

Jika anda berminat untuk membeli laptop ini secara online, boleh beli di link di bawah

Sebarang pertanyaan mengenai laptop ini boleh komen di bawah ya, dan saya akan sertakan di dalam artikel review akan datang.

1,492 total views, 1 views today