HP Pavilion 15-ck063TX – Core i5 Quad-Core, Nvidia MX150 Dan Harga Mesra Pelajar

hp pavilion 15 mx150 student laptop

Sedang mencari laptop yang berkuasa tinggi dengan harga mampu milik untuk pelajar? Cadangan saya ialah mendapatkan laptop HP Pavilion 15-ck063TX seperti dalam gambar di atas ini.

 HP Pavilion 15-ck063TX – Core i5 Quad-Core, Nvidia MX150 Dan Harga Mesra Pelajar

hp pavilion 15 ck063tx malaysia

Kenapa saya mencadangkan laptop ini?

Pertama sekali, dari segi spesifikasi, rupa, harga, berat dan kebolehan upgrade laptop ini saya rasa sukar ditandingi oleh laptop-laptop lain dipasaran.  Ringkasan spesifikasi laptop HP Pavilion 15-ck063TX,

  • Processor : Intel Core i5-8250U Quad-core
  • Ram : 4GB RAM (ada slot tambahan untuk upgrade ke 8GB atau 12GB RAM)
  • Storage : 1TB HDD (ada slot tambahan untuk upgrade ke M.2 SSD)
  • Display : 15.6″ FHD IPS 1920×1080 (~250 nitts, ~55% SRGB)
  • Graphic : Nvidia MX150 2GB GDRR5
  • Build quality : Aluminium dan plastik
  • Keyboard : Backlit-keyboard (keyboard ada lampu)
  • Bateri : ~5 – 7 jam
  • Berat : 1.8 kg
  • Port : 1x HDMI, 1x Headphone Jack, 2X USB 3.1 Gen 1, 1X USB Type-C

Laptop ini berharga RM2899 di HP Online Store tetapi boleh dibeli secara online pada harga sekitar RM2600.

HP Pavilion 15-ck063TX – RM2600

Laptop ini mempunyai kombinasi warna Gold dan Silver (gold bagi cover laptop dan silver untuk bahagian dalaman dan keyboard. Dari segi rekaan dan kualiti binaan, laptop ini menggunakan binaan aluminium dan plastik yang berkualiti tinggi. Paling penting bagi laptop untuk student ialah laptop ini mempunyai berat kurang daripada 2kg walaupun mempunyai skrin sebesar 15.6″. Kebanyakan laptop dengan skrin 15.6″ biasanya tebal, binaan plastik dan berat 2.2kg – 2.6kg. Laptop yang ringan mudah dibawa ke sana ke mari tanpa terasa beban.

CPU bagi laptop ialah Core i5-8250U iaitu processor quad-core dan sangat berkebolehan mengendali kerja-kerja berat dan juga gaming. RAM yang disertakan secara asal ialah 4GB RAM dan digalakkan untuk upgrade ke sekurang-kurangnya 8GB supaya lebih lancar. Begitu dengan storan 1TB HDD, anda digalakkan juga untuk upgrade ke 120GB atau 250GB SSD untuk kepuasan sebenar menggunakan laptop ini.

Laptop ini menggunakan graphic Nvidia MX150 iaitu graphic card yang juga berkebolehan memainkan games dengan lancar.  Walaupun tidak selaju Nvidia GT 1050, 1050 Ti dan 1060, tetapi Nvidia MX150 merupakan graphic card yang menggunakan tenaga rendah tetapi masih mampu memainkan games seperti Dota 2, PUBG, Fortnite, Overwatch, FIFA 2018, PES 2018 dan banyak lagi. Kalau sesetengah games tidak lancar bermain 1080p High, cuba turunkan sedikit kepada 1080p Medium atau 1440×900 High.

Gabungan processor Intel Core i5-8250U dan Nvidia MX150 juga membolehkan anda menjalankan perisian Adobe seperti Premiere, Lightroom, Photoshop dengan lancar. HP Pavilion 15-ck063TX juga mempunyai skrin panel IPS dan juga keyboard backlit (ada lampu) dan merupakan fungsi yang menaikkan lagi taraf kualiti laptop ini berbanding pesaing.

Walaupun skrin IPS adalah jauh lebih baik berbanding panel TN yang banyak dipasang pada laptop lain, kualiti display panel laptop HP ini cuma biasa-biasa sahaja. Untuk buat kerja, melayari web, menonton video, panel laptop HP ini sudah memadai. Tetapi jika anda perlukan ketepatan warna dan kecerahan skrin yang tinggi laptop ini, kualiti panel laptop ini mungkin mengecewakan anda (250 nits, ~55 SRGB color gamut). Skrin IPS yang bagus mempunyai sekurang-kurangnya kecerahan 300 nits dan 90-100~ SRGB color gamut.

Bagaimanapun, jika anda mencari laptop baru (bukan second-hand), spesifikasi bagus, rupa menarik, berat kurang 2kg dan boleh tahan untuk 3-5 tahun lagi. Ini merupakan pilihan yang terbaik dengan harga mampu milik untuk golongan pelajar.

HP Pavilion 15-ck063TX – RM2600

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang mencari laptop baru.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

7 thoughts on “HP Pavilion 15-ck063TX – Core i5 Quad-Core, Nvidia MX150 Dan Harga Mesra Pelajar

  1. Betul ke mx150 ada 2 version? Katanya nvidia ada buat mx150 yang slower version iaitu 1d12..satu lagi yang laju sikit 1d10..kalau tak silap..so hp ni mx150 versi yang mana?

    • mx150 ada beberapa variant, full mx150 dengan low-clocked mx150 untuk ultrabook atau laptop kategori nipis

      yang kat dalam HP ni full mx150 so performance better. ada certain device guna full mx150 tapi throttling jadi performance drop, so kena buat full research before beli laptop

  2. Antara hp pavillion ni dengan acer aspire 5..mana lagi ok untuk student..yang boleh light gaming dan tak mudah overheating..

    • laptop2 baru bukan designed to last….nipis, tapi kalau jatuh boleh berkecai. bateri pulak non-removable kebanyakan, at most tahan 2-3 tahun je. Boleh google planned obsolescence

      laptop2 lama lagi lasak, 8-10 tahun pun boleh pakai lagi. bateri je biasa kaput tapi boleh cari replacement third party

      Kalau untuk buat kerja dan main games, kalau design dan berat tak penting sangat, beli Acer Aspire 5 tu. macam2 boleh upgrade, battery pun tahan

Leave a Reply