Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X kini mula dijual di pasaran Malaysia selepas dilancarkan di China pada sekitar Ogos 2015. Walaupun Honor 5X dalam kategori kelas pertengahan (mid-range), namun phone Android ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi canggih, salah satunya ialah fungsi imbasan cap jari (fingerprint unlock). Binaan badan juga diperbuat daripada logam dan terdapat dalam beberapa pilihan warna yang menyerlahkan lagi ciri premium phone ini.

Huawei Honor 5X

huawei honor 5x

Huawei Honor 5X boleh didapati dalam 3 jenis warna iaitu – Silver, Grey dan Gold. Harga pasaran adalah seperti di bawah (klik untuk info dan pembelian secara online).

Spesifikasi bagi Honor 5X pula adalah seperti berikut :

  • Octa-core Snapdragon 615 Processor
  • Skrin 5.5″ dengan resolusi HD penuh 1080 x 1920
  • 2GB RAM
  • 16GB storan dalaman / menyokong slot kad micro-SD
  • Fingerprint sensor
  • Camera 13 MP dengan aperture F/2.0 / Selfie camera 5 MP
  • Dual Sim / Menyokong 4G LTE
  • Kapasiti bateri 3000 mAh
  • Charger 2A untuk pengecasan pantas

Huawei Honor 5X bukanlah phone yang paling laju dari segi spesifikasi, tetapi saya rasa ramai orang akan teruja dengan kualiti binaan badan dan segala fungsi yang ada pada phone ini. Fingerprint sensor, skrin Full HD, body logam, Dual Sim dan LTE, sokongan micro-SD – boleh dikatakan “feature complete” bagi mana-mana pengguna kasual.

Kalau ada rakan-rakan yang mencari phone baru, boleh cadangkan kepada mereka supaya meletakkan Huawei Honor 5X di dalam senarai pilihan mereka. 😀

Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X

Huawei Honor 5X

662 total views, 1 views today