huawei-p10-malaysia

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus merupakan siri smartphone flagship terbaru Huawei yang baru diumumkan hujung bulan lepas di MWC 2017. Kedua-dua P10 dan P10 Plus ini menerima sambutan yang agak baik kerana tampil dengan rekaan elegan serta fungsi dual camera yang telah dipertingkatkan berbanding P9 dan Mate 9. Peminat Huawei di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk membeli P10 dan P10 Plus kerana smartphone ini akan mula dijual bermula 31 Mac 2017 ini di Huawei Store, Vmall dan Lazada.

Huawei P10 Malaysia

Jika anda peminat fotografi, P10 Plus mempunyai kamera dengan aperture F/1.8 yang lebih efektif ketika mengambil gambar di dalam keadaan kurang cahaya. P10 pula, hanya dilengkapi aperture F/2.2. Berdasarkan reviu awal yang saya baca di internet, agak ketara juga perbezaan antara kamera P10 dan P10 plus di dalam gelap atau pada waktu malam.

Huawei P10 Malaysia Spec

– 5.1″ 1080p IPS display
– 4GB RAM
– 12MP color + 20MP monochrome dual camera (F/2.2)
– 64GB storage
– 3200 mAh battery
– RM2499 RRP

Huawei P10 Plus Malaysia Spec

– 5.5″ 1440p IPS display
– 6GB RAM
– 12MP color + 20MP monochrome dual camera (F/1.8)
– 128GB storage
– 3750 mAh battery
– RM3099 RRP

Pada masa yang sama, Huawei P9 kini boleh dimiliki pada harga dibawah RM1600.

Sumber : Lowyat



RELATED POSTS