Huawei P20 Pro Dengan Leica Triple-Camera – Adakah Ini Raja Cameraphone Baru Untuk Tahun 2018?

huawei p20 pro triple camera leica

Huawei P20 Pro – adakah ini raja cameraphone baru dalam tahun 2018?

Sebagai peminat teknologi, saya harus katakan syabas kepada Huawei kerana tampil dengan beberapa inovasi dan idea kreatif kali ini dengan pengumuman flagship baru Huawei P20 Pro. P20 Pro bukan sahaja dilengkapi dengan tiga kamera, tetapi ia juga menggunakan kombinasi beberapa sensor terutama sekali sensor bersaiz besar dan perisian menggunakan AI untuk hasil gambar yang lebih cantik.

Huawei P20 Pro Dengan Triple-Camera – Adakah Ini Raja Cameraphone Baru Untuk Tahun 2018?

huawei p20 pro triple camera

Pertama sekali, mari kita tengok spesifikasi kamera Huawei P20 Pro;

  • Sensor utama 40 Megapixel, aperture F/1.8 dengan saiz sensor 1/1.7″ (tanpa OIS)
  • Sensor monochrome (hitam putih) 20 Megapixel, aperture F/1.6 dengan saiz sensor 1/2.78″ (tanpa OIS)
  • Sensor telephoto 8 Megapixel, aperture F/2.4 dengan saiz sensor 1/4.4″ OIS
  • Sensor kamera depan 24 Megapixel dengan Portrait Lightning
  • Equivalent focal length Portrait Mode/Optical Zoom : 27mm, 55mm, 80mm

Bukan sahaja ini smartphone pertama dengan 3 camera, P20 Pro juga menggunakan sensor 40 Megapixel dengan saiz besar 1/1.7″ tanpa bonggol kamera yang besar. Teknologi yang Huawei gunakan ini mirip dengan teknologi PureView yang hadir pada Nokia 808 dan Lumia 1020 (41 MP sensor, size 1/1.5″) tetapi phone Nokia tersebut mempunyai bonggol kamera yang besar.

nokia 41mp pureview

Teknologi PureView Nokia menghasilkan gambar 8MP daripada sensor 41MP. Manakala Huawei P20 Pro menghasilkan gambar 10MP daripada sensor 40MP. Menurut Gsmarena, mod 10MP menghasilkan gambar yang lebih cantik, bersih dengan jumlah noise yang minimal berbanding mod 40MP di dalam keadaan gelap atau kurang cahaya. Jadi pengguna ada pilihan samada gambar 10MP yang tajam dan noise kurang ataupun gambar 40MP yang lebih beresolusi tinggi tetapi mempunyai jumlah noise yang tinggi dalam keadaan kurang cahaya.

Sampel Gambar Huawei P20 Pro – 40MP, 10MP, Lowlight Mode

Sudah bertahun-tahun pembuat smartphone seperti Samsung, Apple, Google dan lain-lain menggunakan sensor kamera bersaiz 1/2.3″ – 1/3″ selepas kali terakhir Lumia 1020 tampil pada tahun 2013. Jadi ianya sesuatu yang sangat mengujakan kerana mahu tidak mahu Samsung, Apple, Google ini terpaksa juga bersaing dengan Huawei selepas ini.

Huawei P20 Pro – Dxomark Tertinggi Setakat Ini

huawei p20 pro dxomark

DXOMARK memberikan Huawei P20 Pro markah tertinggi sekali ialah 109 dan jauh mengatasi pesaing utama seperti iPhone X dan Samsung Galaxy S9. Menurut Dxomark, tiga kamera Huawei P20 bukanlah gimik dan ia merupakan ‘game-changer’ dan teknologi pada P20 Pro adalah 2 generasi didepan pesaing. Dxomark turut menyertakan beberapa gambar dan hujah panjang lebar mereka untuk menyokong kenyataan berani ini.

DXOMARK – Huawei P20 Pro 109 Score

Dengan adanya gabungan 3 sensor dan lens yang berlainan, P20 boleh mengambil gambar pada 3 focal length iaitu 27mm (wide-angle), 55mm (mid-range, portrait) dan 80mm (short-tele).

iPhone X Portrait Mode

Huawei P20 Pro

Menurut Dxomark juga, fungsi Portrait Mode untuk fake bokeh juga telah dipertingkatkan dan jauh lebih baik berbanding model Huawei P9/P10/Mate 9/Mate 10. Gambar Portrait Mode kini lebih nampak natural seperti kamera sebenar. Bagaimanapun diharapkan pengguna boleh memilih untuk menyahaktifkan fungsi pencerahan kulit kerana fungsi ini boleh menjejaskan ciri-ciri penting kulit manusia.

Dalam keadaan cahaya baik, kamera P20 Pro berupaya menghasilkan gambar yang terang dengan exposure serta warna yang tepat seperti iPhone X dan Google Pixel.

iPhone X

Huawei P20 Pro

Dalam keadaan kurang cahaya atau waktu malam, P20 Pro dengan mod 10MP akan menghasilkan gambar yang kurang noise dan terang. Untuk perbandingan mod 40MP dan mod 10MP boleh ke link GSMARENA.

Sampel Gambar Huawei P20 Pro – 40MP, 10MP, Lowlight Mode

Selain triple-camera dan sensor 40MP, Huawei P20 juga mempunyai beberapa fungsi kamera lain yang canggih :

  • Electronic video stabilization (EIS) yang efektif dan menghasilkan video yang kurang gegaran
  • 960fps 720p slow motion video
  • 6 saat long-exposure tanpa OIS dalam keadaan kurang cahaya
  • AI scene mode recognition, seperti mengesan objek seperti makanan, bunga, warna dan sebagainya – boleh on dan off

Boleh dikatakan P20 Pro sebagai sangat ambitious dan feature-packed.  Kalau P20 Pro merupakan versi percubaan untuk teknologi kamera baru, kemungkinan besar Huawei Mate 20 Pro nanti akan lebih berkuasa dan canggih. Saya berharap Samsung, Apple, Google serta pembuat smartphone lain akan turut menggunakan sensor bersaiz besar pula selepas ini dan digabungankan dengan kecanggihan software computational photography untuk hasil yang lebih hebat dan mantap.

Apa pendapat anda mengenai Huawei P20 Pro?

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply