hybrid dual sim slot

Pernah dengar mengenai hybrid dual sim card? Hybrid dual-sim card merupakan teknologi yang membolehkan smartphone menggunakan dual sim card atau satu sim card + micro sd card pada satu masa, menggunakan slot yang sama. Kini banyak pengeluar smartphone menggunakan teknologi ini di dalam peranti generasi baru mereka dan ia merupakan penambahan yang sangat baik kerana menjimatkan ruang slot dan membeli lebih pilihan kepada pengguna.

Antara smartphone yang menggunakan hybrid dual sim card ialah Huawei Honor 7, Samsung Galaxy S7/Edge dan Redmi Note 3 Pro. Saya menggunakan Huawei Honor 7 Enhanced sebagai contoh di dalam artikel ini.

Hybrid Dual Sim Card – Bagaimana Ia Berfungsi?

hybrid dual sim micro sd slot

Gambar di atas adalah sim tray bagi phone Honor 7 Enhanced. Phone H7E ini menyokong dual nano sim atau satu nano sim dan satu micro sd card.

hybrid sim micro sd slot

Memandangkan phone Honor 7 Enhanced ini mempunyai ruang storan dalaman 32 GB, jadi saya boleh korbankan slot micro sd card untuk menggunakan dual sim. Jadi untuk kedua-dua slot 1 dan slot 2 saya letakkan nano sim. Jika perlu ruang storan lebih, saya kena keluarkan dulu nano sim pada slot 2 dan gantikan dengan micro SD card.

Jika anda mahu membeli phone baru selepas ini dan ternampak spesifikasi “hybrid dual sim” saya rasa konsep dan cara penggunaanya adalah sama. Semoga artikel ringkas ini membantu meluaskan pengetahuan anda mengenai teknologi ini. 🙂

628 total views, 1 views today