Apple iMac Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM20999 Sehingga RM61816.80 Untuk Full Spec

imac pro malaysia base spec

Apple iMac Pro kini sedia ditempah di laman Apple Store Malaysia – pada harga bermula RM20999.00 untuk model asas. iMac Pro merupakan komputer Mac paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Apple untuk golongan kreatif dan professional seperti filem studio, agensi media dan pengiklanan besar dan juga pembikin kandungan generasi baru.

Model asas iMac Pro hadir dengan processor 8-core Intel Xeon, 32GB RAM, kad grafik AMD Radeon Pro Vega 56 dan juga 5K Retina Display bersaiz 27″. Dari segi rekaan, iMac Pro kekal nipis dan moden seperti iMac 5K walaupun dilengkapi hardware yang berkuasa tinggi. iMac Pro hadir dalam warna Space Gray dan juga beberapa aksesori khas yang serba baru.

Apple iMac Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM20999 Sehingga RM61816.80 Untuk Full Spec

imac pro malaysia

Anda boleh memilih beberapa konfigurasi spesifikasi iMac Pro seperti Processor 8-core sehingga 18-core, RAM, SSD, Graphic Card serta aksesori tambahan dan perisian tambahan. Untuk percubaan, saya dapati bahawa harga bagi iMac Pro dengan spesifikasi penuh adalah berharga RM61816.80. Angka yang agak tinggi bagi sesebuah komputer yang pernah saya lihat.

Berminat mendapatkan iMac Pro boleh ke Apple Store Malaysia sekarang juga.

Lihat pengalaman MKBHD menggunakan iMac Pro selama 1 minggu. Adakah ia mesin yang sesuai untuk Marques Brownlee yang terkenal dengan rakaman video 8K?

 

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply