instagram multi account



Fungsi Instagram multiple account kini telah dibuka kepada pengguna aplikasi Instagram di iPhone dan Android. Anda tidak lagi perlu “sign out” dan “login” beberapa kali sehari untuk menukar akaun IG atau memasang aplikasi Instagram yang telah diubahsuai untuk tujuan “mutiple account”. Menurut pihak Instagram, pengguna kini boleh menambah sehingga 5 akaun IG pada satu peranti dan penukaran akaun boleh dibuat dengan lancar (seamless).

Instagram Multiple Account

instagram multi account

Untuk mendapatkan fungsi Multiple Account pada IG anda, pertama sekali anda perlu menggunakan Instagram versi 7.15 pada iPhone atau Android. Selepas itu, pergi ke bahagian Settings, scroll ke bawah dan tekan butang Add Account. Jika anda belum nampak butang tersebut, di harap bersabar kerana fungsi ini sebenarnya dibuka secara berperingkat.

Apa-apapun syabas kepada pihak Instagram kerana mendengar permintaan komuniti IG yang memang sudah lama inginkan penambahan multiple account. Saya sendiri ada beberapa akaun Instagram, satu untuk personal dan selebihnya untuk bisnes. Kini semua akaun itu boleh saya guna dalam satu phone sahaja.

Sumber : Instagram Blog | Instagram Help



RELATED POSTS