Cara Upload Gambar Daripada PC Ke Instagram Menggunakan Chrome Browser

instagram pc upload

Ada banyak cara untuk upload gambar dalam komputer anda ke Instagram, tetapi kebanyakan cara adalah tidak diluluskan secara rasmi (unauthorized API access) oleh pihak Instagram sendiri. Menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk upload gambar dari PC ke Instagram boleh menyebabkan akaun anda shadow-banned atau lebih teruk akaun Instagram anda boleh disekat kerana dianggap sebagai Bots.

Kini, komuniti Instagram mendapati bahawa anda boleh upload gambar dari PC ke Instagram dengan satu trick yang mudah – iaitu menukarkan browser Desktop anda kepada versi mobile menggunakan User Agent iPhone ataupun iPad.

Instagram PC Upload Tutorial

Tutorial ini berpandukan Chrome Browser, tetapi konsepnya agak sama sekiranya anda menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari dan sebagainya. Pertama sekali, install extension User Agent Switcher Chrome.

instagram pc upload extension

Tekan butang Chrome UA Spoofer pada Chrome toolbar.

instagram pc upload chrome

Pilih iPhone 6. Anda boleh kembali kepada asal dengan memilih Chrome > Default bila-bila masa.

instagram mobile chrome upload

Masuk instagram.com dan paparan akan berubah kepada versi mobile. Untuk upload ke Instagram, tekan butang Camera seperti dalam screenshot di atas. Anda boleh memilih untuk crop gambar tetapi fungsi filter tidak boleh digunakan.

Contoh gambar yang berjaya di-upload dari PC ke Instagram.

Fungsi upload gambar ke Instagram daripada pc/laptop saya rasa sangat berguna bagi photographer, internet marketer dan juga peniaga online. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter dan Whatsapp.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply