Berita baik untuk peniaga online, Instant Transfer (Inter-bank Funds Transfer – IBFT) kini percuma bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2015. Saya baru sahaja transfer dari CIMB ke MAYBANK secara Instant Transfer dan tiada sebarang charge dikenakan (biasa RM0.53).
Instant Transfer Secara Interbank (IBFT) Kini Percuma
Bagi peniaga yang banyak bergantung kepada online banking, Instant Transfer lebih memudahkan kerja kerana tiada delay bila transaksi interbank berlaku. Pastikan anda inform kepada customer supaya buat Instant Transfer berbanding Normal Transfer sementara IBFT fee waived masih dijalankan.
Untuk makluman, hanya IBFT secara interbank menggunakan online dan mobile banking sahaja yang tidak dikenakan bayaran, transfer menggunakan mesin ATM masih dikenakan caj RM0.50 seperti biasa.
Klik butang share untuk kongsikan berita ini dengan rakan-rakan.
Sumber : Bernama
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Faiz Edzahar
Sepatutnya state dalam artikel sehingga 31 Disember 2015. Sekian.
Einz
Haha dah terang-terang tulis atas tu sampai 31 Disember 2015 je.
Syita
Saya pun dah guna. Memang takde caj. Lagi senang Hehe
Amin
Tak tahu la bank lain macam mana tapi CIMB extend sampai 5 Jan 2016. Ada notis dekat CIMB Clicks.
Einz
Nice. Trimas info ini bro 👍
anie
Macamna cara nya nak masuk pi instant transfer nie, sy nak cari kat mana? Link dia apa?