digi broadband speedtest 2017



Jika anda tinggal di kawasan pantai timur seperti di Kelantan atau Terengganu, ini adalah beberapa pelan Internet laju yang anda boleh langgan dan boleh dijadikan sebagai alternatif kepada Streamyx.

Pelan Internet Laju Di Kawasan Pantai Timur (Kelantan, Terengganu)

unifi 30mbps download speed idm

1. Unifi

Unifi sudah boleh dinikmati pengguna di kawasan bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian sejak 2 tahun lepas, tetapi masih belum lagi tersebar ke kawasan-kawasan utama Pantai Timur lain. Pelan Unifi yang boleh dilanggan ialah 30 Mbps, 50 Mbps dan 100 Mbps.

Daftar Unifi secara online dan dapatkan percuma kad Touch N Go bernilai RM100

2. Maxis Fibre

Maxis Fibre juga telah hadir ke beberapa kawasan utama bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian. Pelan Maxis Fibre yang boleh dilanggan ialah 10 Mbps, 30 Mbps, 50 Mbps dan 100 Mbps.

Daftar Online Maxis Fibre Internet 

3. Digi Infinite 150

Digi Infinite 150 merupakan pelan postpaid dengan unlimited quota data plan (4G, 3G), unlimited call. Anda perlu gunakan peranti Mifi atau LTE Router untuk gunakan Digi Infinite 150 di rumah. Kelajuan Digi Infinite 150 – 20-50 Mbps di Tanah Merah, Kota Bharu, Jerteh, Kemaman dan Paka berdasarkan percubaan saya.

Review Digi Infinite 150 | Daftar Online Digi Infinite 150

4. Maxis One Go Wifi

Maxis One Go Wifi menggunakan 4G mobile broadband dan mempunyai kuota maksimum 65GB untuk pelan RM138 sebulan. Jika anda bukan pengguna tegar internet, kelajuan 20 Mbps dan 65GB kuota data sebulan mungkin sudah memadai.

Daftar Maxis One Go Wifi

5. Digi Broadband 100

Digi Broadband 100 menawarkan kelajuan 4G LTE dan kuota data sebanyak 50GB pada harga RM100 sebulan. Kelajuan Digi Broadband juga boleh mencecah 20-50+ Mbps bergantung kepada kekuatan signal 4G LTE di kawasan anda.

Daftar Online Digi Broadband 100


Baca juga artikel ini : Mobile Broadband Alternatif Kepada Streamyx

Sekiranya anda bengang rumah hanya ada Streamyx 1Mbps atau 2mbps, mungkin anda boleh cuba beralih kepada pelan internet lain pula. Sekiranya ada pengalaman atau isu yang ingin dikongsikan boleh tinggalkan komen di bawah ya!



RELATED POSTS