iPhone 6S dan iPhone 6S Plus baru diumumkan secara rasmi oleh Apple awal pagi tadi dan membawakan pelbagai peningkatan baru berbanding iPhone sebelumnya. Smartphone generasi baru dari Apple kini lebih canggih dan moden, dan ini antara kompilasi 10 peningkatan baru pada iPhone 6S.

iPhone 6S – 10 Peningkatan Baru Berbanding iPhone Sebelumnya

iphone-6s-malaysia-2

1. Warna baru iPhone 6S – Rose Gold

iPhone 6S kini boleh didapati dalam 4 jenis warna iaitu Space Grey, Silver, Gold dan Rose Gold. Rose Gold ini macam mix antara Pink dan Gold dan lagi cantik kalau tengok secara real life berbanding dalam gambar. Kami jangkakan iPhone 6S Rose Gold akan jadi ‘hit’ dan popular di kalangan pengguna wanita.

2. Kamera iPhone 6S : 12MP dengan rakaman video 4K

iphone 6s camera 12 mp

iPhone mengekalkan kamera 8MP sejak empat tahun lepas lagi dari iPhone 4S, 5, 5S dan 6. Akhirnya bermula dengan iPhone 6S, kamera iPhone telah dipertingkatkan kepada 12 Megapixel dan fungsi rakaman video juga menyokong video 4K.

Ramai orang beli iPhone atas sebab convenient dan fesyen, tetapi sebilangan besar juga membeli iPhone kerana kualiti kamera iPhone itu sendiri. Menurut Apple, sensor baru 12MP pada iPhone 6S mampu mengambil gambar yang lebih cantik dan jelas.

Contoh Gambar Diambil Dari Kamera iPhone 6S dan Rakaman Video 4K 

4K is the buzzword these days. Kelebihan mengambil video 4K ialah anda boleh zoom video tersebut tanpa pecah (pixelated) dan setiap ‘frame’ video 4K boleh disimpan kepada gambar dengan resolusi 8 MP. Berbanding video 1080p, “frame” gambar yang boleh disimpan hanya sebesar 2 MP sahaja.

3. Kamera Selfie 5 Megapixel dengan Flash

iphone-6s-selfie-flash
Kamera hadapan untuk selfie / wefie kini telah dipertingkatkan kepada 5 MP berbanding 1.2MP pada iPhone sebelumnya. Flash juga boleh digunakan dan ini bermakna selfie anda kini lebih ‘sharp’ dan tidak kabur atau penuh “noise” bila dalam keadaan gelap dan kurang cahaya.

4. 3D Touch

iphone 6s 3d touch

3D Touch dalam bahasa mudah, adalah teknologi touch screen yang boleh detect dan bezakan “light press”, “gesture” dan “deep press”. Sebagai contoh, simple tap pada icon Phone akan membuka aplikasi Phone untuk dial number, tetapi sedikit “light press” akan mengeluarkan “pop-up” mini untuk akses pantas kepada contacts.

5. Body Aluminium 7000 Series

Walaupun rekaan iPhone 6S adalah sama dengan iPhone 6, tetapi material yang digunakan adalah berlainan. Body yang dibuat daripada Aluminium 7000 Series kini lebih lasak dan tahan daripada bengkok. Masih ingat isu iPhone 6 Plus Bendgate tahun lepas? Kini tiada lagi.

6. Processor dan GPU yang lebih laju

Dikatakan processor iPhone 6S adalah lebih laju sehingga 70% berbanding iPhone 6, dan sesetengah tech sites juga melaporkan jumlah RAM pada iPhone 6S kini 2 GB RAM.

Kalau anda rasa iPhone 6 dan iPhone 5S dah cukup laju, 6S lebih superior.

7. Touch ID generasi kedua

Touch ID atau fingerprint scanner generasi kedua kini lebih pantas dan effective. Fungsi ini kena cuba in real life baru nampak perbezaannya saya rasa, tetapi kudos kepada Apple kerana mempertingkatkan lagi fingerprint scanner yang sudah sedia laju.


Bagi anda yang expect design serba baru pada iPhone 6S terpaksa lah tunggu bulan September 2016 nanti kerana memang begitu format yang Apple buat setiap generasi iPhone. “S” series lebih kepada minor upgrade dan mengekalkan design iPhone sebelumnya.

Kongsikan berita menarik mengenai iPhone 6S ini dengan rakan-rakan anda. Yang dah mula berminat tu, kena start menyimpan sebabkan saya jangka iPhone 6S kali ini agak mahal kerana currency exchange Ringgit berbanding US Dollar yang jatuh teruk.

1,697 total views, 1 views today