iphone 7 bokeh

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan diumumkan secara rasmi pada 7 September 2016 dan acara ini memang sangat ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat Apple di seluruh dunia. Adalah menjadi tradisi Apple setiap tahun untuk memberikan hint (bayangan) mengenai perkara baru dalam setiap generasi iPhone melalui gambar jemputan kepada pihak media. Untuk acara 7/9 ini,  bayangan dalam bentuk bokeh yang membentuk logo Apple sendiri mungkin merujuk kepada fungsi baru kamera iPhone 7/7+.

iPhone 7 Bokeh Kamera

iPhone 7 Bokeh Camera

iPhone 7/7+ dikatakan bakal hadir dengan kamera dengan sensor yang lebih besar berbanding iPhone 6S serta bukaan aperture luas F/1.9 yang meningkatkan lagi keupayaan kamera iPhone untuk mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya. Fungsi dual-camera pula dikatakan hanya esklusif kepada model iPhone 7 Plus sahaja. Huawei P9 yang juga mempunyai dual-camera mempunyai fungsi menghasilkan bokeh pada pelbagai aperture dan kemungkinan besar Apple juga akan menggunakan kaedah yang sama cuma lebih mesra pengguna dan kemas.

Sama-sama kita nantikan pelancaran iPhone 7 pada 7 September ini untuk mengetahui sepenuhnya keupayaan kamera iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

235 total views, 1 views today