iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Diperkenalkan Secara Rasmi – Kini Kalis Air, Bateri Tahan Lebih Lama dan Kamera Lebih Berkuasa

iphone-7-plus

Awal jam 1 pagi tadi (waktu Malaysia), Apple telah mengumumkan iPhone generasi baru iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Walaupun rekaan iPhone 7/7+ tidak banyak beza dengan iPhone sebelumnya, tetapi peningkatan dari segi hardware boleh dikatakan sangat mengujakan dan tiga aspek utama ialah iPhone kini kalis air, mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama serta kamera yang lebih berkuasa.

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

iphone-7-color

iPhone7/7+ kini boleh didapati dalam 5 pilihan warna iaitu Jet Black, Black, Silver, Gold dan Rose Gold. Jika anda perasan, warna Space Grey sudah tidak lagi ditawarkan oleh Apple. iPhone 7 Jet Black merupakan fokus utama dalam kempen promosi Apple kerana ia lebih elegan dan di dalam kelas yang tersendiri.

iphone 7 capacity

iPhone7/7+ kini dilengkapi kapasiti storan bermula 32GB, 128GB dan 256GB. Tiada lagi 16GB yang boleh dikatakan tidak relevan lagi bagi sebuah smartphone flagship !

iphone-7-water-resistant

Fungsi kalis air (water resistant) juga merupakan sesuatu yang diluar jangkaan ramai peminat Apple. Walaupun tidak digalakkan untuk dibawa menyelam, iPhone7 selamat digunakan ketika hujan, di kolam renang ataupun ketika bersantai mandi sungai. Kalis air mungkin fungsi minor bagi segelintir pengguna, tetapi percayalah kalau dah terbiasa guna peranti kalis air pasti sukar beralih kepada peranti tanpa kalis air – tanyalah pengguna Samsung dan Sony Xperia ! 🙂

⠀⠀⠀

iphone-7-camera-upgrade

Kamera pada iPhone7/7+ telah menerima peningkatan yang agak drastik – iaitu kedua-dua model dilengkapi OIS (mengurangkan gambar blur akibatan gegaran), bukaan aperture luas F/1.8 meningkatkan kualiti gambar dalam keadaan kurang cahaya (low-light) serta warna yang lebih terang dan tepat. Kamera depan untuk selfie juga dipertingkatkan dari 5MP kepada 7MP yang memberikan resolusi yang lebih tinggi serta kualiti yang lebih baik.

BACA :  3 Model iPhone Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Harga Serendah RM999 - RM1949

Buat masa sekarang, tarikh pelancaran dan harga iPhone7 dan iPhone 7 Plus belum lagi diumumkan untuk pasaran Malaysia dan kami akan bawakan lagi lebih banyak info di dalam artikel akan datang.

Sumber : Apple

Kongsikan artikel ini dengan rakan anda di media sosial. Terima kasih.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

One Response

  1. kamarul

    December 23, 2016

Leave a Reply