iphone 7 bokeh potrait mode

Apple telah memperkenalkan Potrait Mode dalam versi iOS 10.1 beta dan ramai youtubers telah mencuba fungsi yang dijangka akan menjadi super popular di Instagram dan media sosial. Potrait Mode menggunakan dual camera pada iPhone 7 Plus untuk menghasilkan gambar dengan efek ‘background blur’ yang dikenali sebagai bokeh. Lens 56mm digunakan untuk fokus kepada subjek dan lens 28mm pula digunakan untuk mengenalpasti latar belakang untuk kemudian diproses bagi menghasilkan efek bokeh.

iPhone 7 Plus Bokeh Potrait Mode

Anda boleh lihat demo bagaimana kamera pada iPhone 7 Plus menghasilkan bokeh secara real-time. Skip kepada minit 3:18.

Menurut Apple, Potrait Mode dioptimasikan kepada manusia sebenar kerana ia dibantu fungsi facial recognition (pengecaman wajah). Youtuber Amando Ferreira pula mencuba Potrait Mode pada subjek lain seperti haiwan dan subjek statik dan ia berfungsi dengan sangat baik.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa limitasi kepada Potrait Mode iaitu tidak berupaya fokus dengan baik kepada subjek yang bergerak dan tidak sesuai digunakan di dalam keadaan gelap dan kurang cahaya.

Bagi potrait manusia pula, kadang-kala efek blurring nampak ketara pada bahagian bucu dan masalah ini juga turut muncul pada kamera Huawei P9. Mungkin versi update akan datang akan lebih ‘real’ dan ‘natural’ sama-sama kita nantikan.

Adakah efek bokeh iPhone 7 Plus setanding kamera Sony/Canon/Nikon dengan lens 50mm 1.8 ? Tidak. Tetapi ianya sangat convenient dan mudah digunakan sesiapa sahaja. Apa pendapat anda?

755 total views, 3 views today