iphone 7 plus dual camera

Menurut laporan Macrumors, Ming-Chi Kuo yang merupakan seorang analysts yang mempunyai reputasi bagus mengenai “Apple leaks” mengatakan bahawa iPhone 7 Plus (IP7+) akan dilengkapi teknologi dual camera dan juga jumlah RAM sebanyak 3GB.

iPhone 7 Plus Dual Camera

Teknologi dual camera dikatakan eksklusif hanya di iPhone 7 Plus dan iPhone 7 bersaiz 4.7″ pula hanya mempunyai single camera seperti iPhone sebelumnya. Ming-Chi Kuo boleh dikatakan hampir sentiasa “spot-on” di dalam setiap laporannya mengenai khabar angin mengenai iPhone atau peranti Apple.

Jika IP7+ menggunakan dual camera, dijangka ia akan mencetuskan lagi ‘trend‘ menggunakan dual camera di telefon pintar dalam kelas flagship sepertimana LG G5 dan Huawei P9 sebelum ini.

Saya sedikit kecewa sebenarnya jika Dual Camera hanya di IP7+ memandangkan jika diberi pilihan saya lebih suka saiz iPhone 4.7″ dan saya  dan jutaan lagi peminat Apple juga mahukan teknologi kamera yang terbaik untuk iPhone bersaiz normal ini.

Apa pendapat anda mengenai iPhone 7 Plus Dual Camera?

Sumber : Macrumors


Lihat juga review kamera Huawei P9 dan LG G5 yang menggunakan dual camera – sungguh mengujakan !

284 total views, 1 views today