iphone-7-plus-malaysia

Hujung minggu lalu saya sempat meluangkan sedikit masa di pusat beli belah dan pada masa sama berkunjung ke kedai2 gajet bagi mencuba teknologi baru. Antara gajet baru yang saya sempat cuba dalam tempoh yang sangat pendek ialah iPhone 7 Plus, Huawei Matebook dan Xperia XZ.

iPhone 7 Plus

iphone-7-plus-jet-black

iPhone 7 Plus di tangan saya. Warna yang banyak kedai display ialah Jet Black. Memang elegan warna Jet Black bila tengok in-person. Warna Jet Black adalah eksklusif kepada iPhone 7/7+ dengan kapasiti 128gb / 256gb. Bagi yang berminat nak dapatkan iP7+ Jet Black, harga adalah bermula RM4299 (128 GB). Memang…agak….mahal. Kalau anda tidak gemarkan Jet Black boleh ambil Matte Black yang tidak kurang elegan dan tidak mudah calar.

Performance iPhone 7 Plus memang laju, walaupun dibandingkan sebelah-sebelah dengan iPhone 6S yang boleh dikatakan sudah cukup laju. Manakala home button iPhone 7 Plus pula sedikit janggal dan perlukan sedikit masa untuk biasakan kerana mekanisma yang berlainan. Dulu kena press, sekarang hanya tap sikit.

iphone-7-plus-dual-camera

Apa yang bagusnya iPhone 7 Plus ini ialah fungsi dual camera — yang tiada pada iPhone 7 biasa. Dual camera membolehkan anda zoom (2x) ketika mengambil gambar dan video serta menghasilkan efek bokeh dengan Potrait Mode. iPhone 7 Plus yang dijual di pasaran sekarang belum lagi boleh guna Potrait Mode dan perlu tunggu kemaskini iOS baru tidak lama lagi. Untunglah pengguna iPhone 7 Plus kerana kamera kini lebih cantik dan canggih, tak lama lagi boleh guna efek bokeh pula.

Huawei Matebook

huawei-matebook-malaysia

Selepas ke kedai Apple, singgah pula ke kedai Huawei dan ternampak Huawei Matebook, iaitu laptop hybrid pertama mereka. Diinspirasikan daripada Microsoft Surface, Matebook mempunyai rekaan yang moden, nipis serta ringan. Spesifikasi bagaimanapun tidak terlalu hebat berbanding pesaing. Harga pasaran di Malaysia pula agak tinggi iaitu RM3999 dan diluar capaian pengguna mainstream.

huawei-matebook-malaysia-2

Diharap Matebook generasi seterusnya akan dijual pada harga yang lebih murah dan spesifikasi yang lebih menarik.

Sony Xperia XZ

xperia-xz-malaysia

(Maaf, tiada gambar)

Sony Xperia XZ merupakan smartphone flagship terbaru Sony dan sudah mula dijual di Malaysia. Xperia XZ boleh dikatakan flagship yang solid, tetapi saya ada dua masalah dengan smartphone ini. Pertama, rekaan yang hampir sama dengan Xiaomi Mi3 dan kedua, harga yang tinggi bagi smartphone yang tiada wow factor. Performance XZ saya rasa agak laju dan responsive tetapi ini belum cukup untuk menawan hati ramai peminat teknologi.

Sebagai peminat Sony, saya masih lagi menunggu flagship yang betul-betul terbaik dari segi rekaan, kamera dan faktor unik.


Sekian perkongsian ringkas saya, ada apa2 pertanyaan boleh komen ya.

904 total views, 1 views today