iphone 5s rm999



Tahukah anda, kini anda boleh memiliki pelbagai jenis model iPhone murah pada harga di bawah RM2000 ? Model iPhone murah yang saya maksudkan ialah iPhone 5S, iPhone 6 dan juga iPhone SE. Walaupun iPhone ini bukan model yang terkini, ia masih relevan dan akan menerima kemaskini iOS 11 terbaru oleh Apple yang akan dilancarkan beberapa bulan lagi.

iPhone, harga bawah RM2k, dan ada warranty Apple Malaysia lagi. Good deal, kan?

3 Model iPhone Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Harga Serendah RM999 – RM1949

iphone 5s rm999 malaysia

iPhone 5S merupakan model iPhone yang paling murah anda boleh dapat di Malaysia – brand new, bukan second-hand. iPhone 5S mula berada di pasaran sejak 2013 dan mempunyai kamera 8MP dan juga Touch ID sensor.

Anda boleh dapatkan iPhone 5S pada harga RM999 di Machines seluruh negara, selagi stok masih ada.

iphone 6 rm1499 malaysia

iPhone 6 merupakan model iPhone yang mula dijual pada tahun 2014 dan baru dijual kembali oleh Apple dengan kapasiti 32GB.

Switch kini menjual iPhone 6 32GB Gold pada harga RM1499, selagi stok masih ada. Atau anda boleh dapatkan iPhone 6 32GB pada harga RM1469 di Lazada Malaysia. Kedua-duanya menjanjikan warranty daripada Apple Malaysia.

iphone se murah malaysia

Jika anda pentingkan prestasi kelajuan iPhone dan kamera yang bagus, iPhone SE kini boleh dimiliki pada harga bermula RM1699 untuk model 16GB dan RM1949 untuk model iPhone SE 32GB. Untuk pengetahuan anda, iPhone SE menggunakan komponen dan kamera yang sama dengan iPhone 6S jadi pembeli pasti tidak akan kecewa dengan iPhone saiz kompak ini.

Dapatkan iPhone SE pada harga bermula RM1699,


Jom kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang teringin memiliki iPhone murah dengan warranty Apple Malaysia. Walaupun bukan model terbaru, tetapi harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal dan sekurang-kurangnya lebih selamat berbanding beli iPhone dari penjual rambang di Internet.



RELATED POSTS