iphone se malaysia

Seperti yang dijangkakan dari awal 2016 lagi, Apple telah memperkenalkan secara rasmi iPhone SE, iaitu pengganti kepada iPhone 5S yang sudah ditamatkan pengeluaran selepas 2 tahun setengah di pasaran. iPhone SE mengekalkan rekaan asal iPhone 5S, tetapi telah diberikan ‘speed boost’ oleh Apple dan spesifikasi dalaman termasuk processor dan kamera adalah mirip dengan iPhone 6S.

iPhone SE – Kecil dan Laju Seperti iPhone 6S

iphone se rose gold

Apple mengatakan bahawa sebilangan besar pengguna iPhone masih menggunakan iPhone bersaiz 4-inci dan iPhone SE merupakan smartphone bersaiz kompak yang paling canggih dan laju di di pasaran. iPhone SE juga didatangkan dengan warna Rose Gold selain Silver, Space Gray and Gold.

iphone se spec

Dari segi spesifikasi, walaupun bersaiz 4-inci dan resolusi skrin kekal pada 1136 x 640, tetapi komponen dalaman bagi iPhone SE adalah mirip dengan iPhone 6S. Processor yang digunakan ialah Apple A9 yang mempunyai kelajuan 2 kali ganda daripada iPhone 5S. Ia juga bermakna iPhone SE lebih laju daripada iPhone 6 yang menggunakan cip A8. iPhone SE mempunyai Touch ID tetapi bukan daripada generasi baru dan ia juga tiada fungsi 3D Touch seperti iPhone 6S.

iphone se speed

Lagi berita baik ialah iPhone SE mengekalkan kamera daripada iPhone 6S dan ia mampu menghasilkan gambar yang berkualiti dengan sensor 12 MP. Malah, rakaman video 4K juga turut disokong menjadikan iPhone SE sebagai ‘pocket camera’ yang canggih. Bagi peminat selfie, anda juga boleh menggunakan fungsi ‘selfie flash’ bagi kamera hadapan seumpama iPhone 6S.

iphone se kamera

Apple juga telah berkongsi sampel gambar daripada kamera iPhone SE, saya sertakan dua gambar di bawah dan selebihnya anda boleh lihat di laman rasmi Apple.

iphone se camera sample

iphone se camera sample

Harga iPhone SE

iphone se harga

Harga bagi iPhone SE ialah $399 (~RM1619) bagi model 16GB dan $499 (RM2025) bagi model 64GB. Kami galakkan anda pilih model 64GB sekiranya berniat memiliki iPhone SE kerana gambar 12 MP dan video 4K ‘memakan’ banyak ruang storan dalaman iPhone.

Tinjaun kami di laman Apple Malaysia menunjukkan iPhone SE sebagai ‘coming soon’ dan saya jangkakan anda tidak perlu menunggu lama untuk memiliki iPhone SE di Malaysia.

Apa pandangan anda mengenai iPhone SE?

553 total views, 1 views today