iPhone XR – iPhone XS Versi Bajet dengan Skrin LCD, 1 Kamera, Chip A12 Bionic, Pelbagai Pilihan Warna

iphone-xr-malaysia

Selain iPhone XS dan iPhone XS Max, Apple juga telah melancarkan iPhone XR (iXR) iaitu iPhone ‘bajet’ dalam kalangan tiga model iPhone yang dikeluarkan pada tahun 2018. Istilah bajet yang dimaksudkan adalah iPhone XR dijual pada harga yang lebih murah berbanding model XR dan XR Max dengan beberapa kekangan berbanding model XR/XR Max.

iPhone XR – iPhone XS Versi Bajet dengan Skrin LCD 6.1″

iphone-xr-vs-iphone-8-plus

Saiz Skrin yang Lebih Besar

Walaupun dikatakan iPhone bajet, skrin iXR adalah 6.1 inci, lebih besar berbanding saiz skrin iPhone XS (5.8 inci). iXR menggunakan teknologi skrin LCD Liquid Retina Display dengan resolusi 1,792×828 pixels dan ketumpatan 326ppi.

Sedikit mengecewakan kerana iPhone 8 Plus mempunyai resolusi 1080p yang lebih tajam berbanding iPhone XR yang mempunyai resolusi skrin 828p yang hampir dengan 720p.

Spesifikasi iPhone XR

Dengan terlancarnya model iPhone bajet yang menggunakan rekaan notched screen untuk tahun ini, reka bentuk lama iPhone serta teknologi TouchID secara rasminya telah terbunuh. Dengan ini, Apple telah menekankan penggunanya untuk menggunakan FaceID untuk membuka telefon jika mereka tidak mahu menggunakan passcode.

iphone-xr-portrait-mode-bokeh

iPhone XR berkebolehan menggunakan Portrait Mode dengan satu kamera, ala Google Pixel 2. Peningkatan yang bagus berbanding iPhone 7 dan iPhone 8 yang juga mempunyai satu kamera tetapi tidak boleh menggunakan Portrait Mode.

Berikut adalah spesifikasi iPhone XR:

  • Chip A12 Bionic – chip 7nm yang digunakan dalam iPhone XS/XS Max; prestasi 15%-30% lebih pantas, ketahanan bateri yang lebih baik, Neural Engine untuk AI dan Machine Learning
  • Kamera hadapan – Teknologi FaceID dan TrueDepth Camera yang lebih canggih , 7mp f/2.2, menyokong Portrait Mode
  • Kamera belakang – 12mp f/1.8 single camera, mempunyai kebolehan untuk Potrait Mode (background blur), OIS
  • Dual sim dual standy (1 physical sim + esim)
  • Storan –  64GB,128GB,256GB
  • Kualiti binaan –  Aluminium build, glass back
  • Ketahanan –  IP67
  • Lain-lain –  Fast charging, wireless charging, Tiada 3D Touch

Pilihan Warna yang Pelbagai

Antara tarikan iXR adalah pilihan warna yang pelbagai dan cantik berbanding XS/XS Max. Pilihan warna yang ditawarkan untuk iXR termasuk warna merah, biru, kuning, hitam, putih dan coral.

iphone-xr-bezel-pocophone-f1

Disebabkan iXR menggunakan skrin LCD, saiz bezel kelihatan agak tebal berbanding iPhone XS yang menggunakan skrin OLED. Saya rasa iPhone XR warna putih akan jadi warna paling tidak digemari. Ini kerana warna bingkai putih dengan saiz bezel yang tebal menjadikan iPhone XR kurang menarik.

Walaupun tidak berkaitan, tapi lihat perbandingan saiz bezel iXR (kiri) dan Pocophone F1 (kanan). iXR akan jadi lebih cantik sekiranya saiz bezel dikurangkan.

Memandangkan iXR adalah iPhone bajet untuk keluaran 2018, spesifikasi yang lebih lemah berbanding adik-beradiknya tidak dapat dielakkan. Namun, ketiadaan teknologi dual-camera, skrin resolusi rendah serta ketiadaan 3D Touch adalah tidak patut dan mengecewakan. Tidak dinafikan iPhone XR akan jadi model yang terjual berpuluh juta seluruh dunia, adakah anda juga bercadang memiliki iXR juga?

Kongsikan pendapat anda di bawah ya!

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply