Hanya tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk pelancaran iPhone generasi baru untuk tahun 2018 dan antara beberapa maklumat yang hampir pasti kebenarannya ialah Apple akan melancarkan 3 model iPhone baru – iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone 9.
iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone 9
iPhone XS dilaporkan merupakan nama baru bagi model yang mempunyai rekaan dan saiz sama seperti iPhone X 2017. Manakala iPhone XS Max pula merupakan nama bagi model iPhone bersaiz 6.5″ dan kapasiti bateri yang lebih besar. Kedua-dua iPhone XS dan iPhone XS menggunakan teknologi skrin OLED dan dual-camera pada bahagian belakang.
iPhone 9 pula dilaporkan akan menjadi model mainstream dengan harga yang rendah dan skrin LCD sebesar 6.1″ dan hanya mempunyai satu kamera belakang.
Model | Skrin | Kamera | Harga |
iPhone XS | 5.8″ OLED | Dual camera | $799 (~RM3300) |
iPhone XS Max | 6.5″ OLED | Dual camera | $999 (~RM4100) |
iPhone 9 | 6.1″ LCD | Single camera | $699 (~RM2900) |
Sama-sama kita nantikan acara pelancaran iPhone XS pada 12 September 2018 nanti.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥