Kapasiti Bateri dan Jumlah RAM iPhone XR, XS dan XS Max Kini Diketahui


 

Semasa iPhone XR, XS dan XS Max diumumkan, Apple tidak menyatakan kapasiti bateri serta jumlah RAM yang ada. Kini, benda tersebut dapat diketahui setelah laman pengesahan China, TENAA, menyenaraikan spesifikasi iPhone keluaran 2018.

Kapasiti Bateri dan Jumlah RAM iPhone XR, XS dan XS Max Kini Diketahui


 

Berikut adalah kapasiti bateri dan jumlah RAM iPhone XR, XS dan XS Max. Juga disertakan iPhone 8,8+ dan X untuk perbandingan.

ModelKapasiti BateriRAM
iPhone XS Max3174mAH4GB
iPhone XS2658mAH4GB
iPhone XR2942mAH3GB
iPhone X2716mAH3GB
iPhone 8+2691mAH3GB
iPhone 81821mAH2GB

Apple telah menaiktarafkan jumlah RAM daripada 2GB (model bawah) dan 3GB kepada 3GB (model bawah) dan 4GB. iPhone XS Max dilihat mempunyai kapasiti bateri iPhone paling besar buat masa sekarang. Bateri iPhone XS pula sedikit kecil berbanding iPhone X tahun lepas. Manakala, bateri iPhone XR lebih besar daripada iPhone X dan XS.

Walaubagaimanapun, mengikut kenyataan Apple, kapasiti bateri yang lebih besar atau lebih kecil tidak membawa apa-apa kesan kerana mereka lebih mengutamakan pengoptimasi penggunaaan tenaga bateri telefon mereka untuk memastikan telefon itu tahan lebih lama. Benar atau tidak kenyataan Apple itu, sama-sama kita nantikannya apabila iPhone baru mula dijual di Malaysia nanti.

shopee voucher malaysia
Voucher diskaun RM7 untuk pembelian pertama di Shopee. Masukkan kod "HIISO223" ketika checkout di App Shopee.

Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply