Solid State Drive (SSD) atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbanding zaman beberapa tahun lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal, kini terdapat banyak model budget ssd yang boleh dibeli di pasaran pada harga yang mampu milik. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan economies of scale.
Bagi mereka yang kurang jelas, SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk. Lumrah teknologi baru, harga bagi SSD adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hard disk biasa – contohnya pada harga satu SSD kapasiti 120GB anda boleh beli hard disk biasa dengan kapasiti 1TB. Tetapi, walaupun harga lebih tinggi, SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna tegar SSD sukar untuk menggunakan komputer dengan hard disk biasa.
Apple merupakan syarikat pembuat komputer yang menyertakan SSD di dalam setiap model laptop mereka iaitu, Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro. Itulah sebabnya anda lihat Macbook dijual dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB. Apple lebih mementingkan kelajuan berbanding kapasiti. Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.
10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Solid State Drive (SSD) di Komputer Anda
- Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
- Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)
- Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif – contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
- Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
- Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
- Model terkini Solid State Drive mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
- Solid State Drive tiada komponen mekanikal yang bergerak (moving parts) – ini menjadikan ia lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data penting seperti hard disk biasa.
- Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.
- Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk – sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.
- Harga Solid State Drive kini jauh lebih murah berbanding ketika 3-5 tahun lepas, adalah sangat berbaloi untuk invest sedikit bagi mendapatkan lebih kelajuan, ketenangan fikiran dan produktiviti yang meningkat.
Perbezaan kelajuan SSD dan HDD
Perbezaan Read / Write Speed antara high end NVME SSD (Samsung 950 Pro), consumer SSD (Samsung 850 Evo, Kingston Savage, Hyperx Fury) dengan hard disk laptop 2.5″ HDD dan 3.5″ desktop HDD.
Model SSD pilihan kami
- Samsung 850 Evo – boleh dikatakan best consumer ssd setakat ini kerana menawarkan teknologi terkini, kelajuan dan kualiti dalam satu pakej. – warranty sehingga 5 tahun. (Read 540 MB/s Write 520 MB/s)
- WD Green 120GB – model kos rendah daripada Western Digital – sesuai untuk kegunaan harian PC dan laptop
- WD Green 240 GB – model kos rendah daripada Western Digital – sesuai untuk kegunaan harian PC dan laptop
- WD Blue 250 GB– model untuk pengguna mainstream, sesuai untuk kegunaan harian, bermain game dan kerja-kerja produktiviti
Tips pemasangan dan penggunaan solid state drive mungkin saya akan sambung di artikel akan datang. Ada pertanyaan mengenai boleh komen di artikel ini ya!
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda! 🙂
Sumber Gambar : OCZ
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Will
Boleh update post berkenaan harga pasaran untuk model yang dibandingkan?
Einz
Harga pasaran 120gb SSD – RM200 – RM350,
Harga pasaran 250GB SSD – RM350 – RM500
harga berbeza ikut brand, model dan penjual.
si ingin tahu
macam mana nak tahu laptop kita boleh pakai ssd ke tak? ssd ni main slot macam ram jugak ke kna pkai adapter ke macam mana?
Einz
Laptop yang boleh pakai SSD; laptop yang hard disk boleh replace (boleh buka, bukan laptop nipis yang semua komponen lekat di motherboard) dan juga motherboard laptop tu support SATA 3.0 untuk dapatkan full speed up to 600 MB/s read/write. Kalau motherboard support SATA 2 saja, max read/write speed sampai 300 MB/s saja.
contoh : saiz fizikal hard disk laptop 2.5″ dan ssd 2.5″ sama je, so pakai screwdriver remove hard disk dan pasang SSD then sambung ke dalam laptop balik.
si ingin tahu
baik dah paham, terima kasih
ammar90mmar
andai kata RAM laptop 4gb,then pki SSD. ada potensi laptop jadi slow dan lag x?
spec skrg HDD dgn RAM 4gb.
Einz
RAM 4gb ok dah cuma kalau boleh up jadi 8gb lagi smooth.
Amir
ada rekemen tak utk dapatka ssd dgn harga yang baik ?
Einz
beli di lazada app, apply voucher code untuk diskaun up to 10-18% daripada listed price.
huhi
utk laptop boleh pakai 2hardisk skali x?ssd dan hdd
Einz
Kebanyakan laptop ada satu slot je ntuk hard disk. Boleh pasang ssd + hdd sekali kalau laptop tu ada dua slot untuk hard disk atau 1 slot msata dan 1 slot lagi hard disk 2.5″ biasa.
suhiminain
dah lama nak try SSD, tapi belum berpeluang. kes external jatuh dari atas PC, buat aku kehilangan banyak data. hhuu…
Einz
external dan internal hdd, memang takleh jatuh atau kena hentakan kuat. memang possibility data hilang atau rosak terus tu tinggi T_T
saya
antara hyper xfury dgn intel 520 series mana lagi baik
Einz
rasanya intel 520 series tu model lama few years back. hyperx fury lagi baru dan hyperx savage ganti hyperx fury.
tapi kalau budget under 300 cuma usha samsung 750 evo dekat kedai
muhdsyazwanam
salam. Spec skrg saya pakai laptop core i3 2.20GHz dan saya upgrade hdd ke SSD 240GB kingston hyper x savage. Ram 4GB dan berniat nak jadikan 8GB. Saya nak tanya if nanti saya tambah ram ke 8GB, processor i3 tu main peranan jugak tak utk speed laptop?
Einz
Generally i3 dan i5 tak banyak beza kalau untuk light usage macam guna MS Office, browsing internet dan sebagainya.
Cuma kalau untuk gaming dan Photoshop atau Adobe software, i5 perform lagi jauh better dari i3.
muhdsyazwanam
berbaloi tak saya upgrade ram ke 8GB ddr3?
wargadunia
boleh tak sarankan laptop baru yang menggunakan SSD? Bajet di bawah RM3000
syam
Apa beza antara sata dgn sdd ?
Farahaznil
Utk ssd samsung 850 evo tu…dia ada docking yg sesuai tak?
Einz
Ada tapi boleh beli yang third party, boleh tengok kat lelong.my
shamsul
saye student, dn nk beli laptop dgn harga bajet sekitar RM 1 000, boleh suggest beberapa jenama yang bgus? kalau pasal hardware, saye boleh beli secara berperingkat2.
shamsul
saye student. bleh suggest laptop hrge sekitar rm1k? pasal hardware, saye bleh beli secara berperingkat2
Pengguna Vivo
bila tgk youtube dan paste file ke pendrive guna read ke write?
Einz
read = kelajuan baca file
write = kelajuan copy file
kalau copy file dari ssd ke pendrive, kena tengok jugak speed read/write pendrive tu. kalau pendrive latest yg guna usb type-c 3.1 tu speed read/write dia laju la
yusuf
DEstop bole guna SSD tak?
Einz
Not sure, tapi kalau casing dia support 2.5″ SSD boleh je guna pasang macam pasang HDD biasa
ANONYMOUS
cara check jika laptoP support m.2 ssd mcm mne?