telegram desktop

Telegram adalah aplikasi utama yang saya guna setiap hari untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan kenalan dari media sosial. Sejujurnya saya lebih menggemari Telegram berbanding Whatsapp, Facebook Messenger, LINE, Wechat dan sebagainya kerana Telegram lebih laju, ringkas dan padat dengan pelbagai fungsi yang membantu produktiviti.

Antara kelebihan Telegram yang ramai tidak tahu ialah penggunaan Telegram Desktop pada komputer Windows atau Mac.

Telegram Desktop – Apa Yang Menarik?

Telegram adalah aplikasi mesra pelbagai pelantar termasuk iPhone, iPad, Android Phone, Android Tablet, Web, Windows dan Mac. Untuk versi desktop, anda boleh download dengan menekan link di bawah.

Download Telegram Desktop

Kelebihan Menggunakan Telegram Desktop

telegram desktop app

Screenshot : setting bagi Telegram mengikut pilihan saya.

  • Aplikasi Telegram adalah bersaiz kecil, ringan dan boleh guna dimana-mana komputer. Boleh pilih untuk install atau download versi Portable.
  • Data Telegram disimpan di dalam “cloud” jadi anda boleh teruskan perbualan di iPhone atau Android dan sambung di desktop. Whatsapp hanya membenarkan satu nombor phone pada satu phone tetapi tiada limitasi begitu pada Telegram.
  • telegram desktop kongsi fail
  • Suatu ketika dulu, perkongsian fail melalui Yahoo Messenger (YM) sangat popular. Kini dengan telegram, anda boleh hantar pelbagai jenis fail seperti gambar, video, mp3, doc secara cepat walaupun fail bersaiz besar asalkan penerima juga menggunakan Telegram Desktop.
  • telegram desktop kongsi gambar
  • Mahu berkongsi gambar dari DSLR atau camera digital tanpa jejaskan kualiti (compressed image)? Anda boleh send gambar “uncompressed” dalam saiz asal melalui Telegram.
  • Jika anda menggunakan Windows 10 atau OS X versi terbaru, Telegram menyokong fungsi “notification dan quick reply” dari Notification Center.
  • telegram desktop channel
  • Telegram Group sangat berguna di dalam environment pejabat. Bos dan pekerja boleh buka Group Telegram untuk memudahkan komunikasi dan perkongsian fail dengan lebih efisien berbanding Whatsapp dan Facebook Group. Saiz satu group ialah 200 pengguna.
  • Fungsi “Channel” memudahkan untuk “broadcast” mesej dan tanpa had pengguna – sesuai untuk marketing bisnes, blog dan sebagainya
  • Sesi “coaching” menggunakan Telegram juga semakin popular kerana lebih selesa menaip perbualan panjang pada skrin besar dan keyboard.

Saya berharap lebih ramai orang Malaysia menggunakan Telegram untuk personal dan juga bisnes kerana ianya berpotensi untuk meningkatkan produktiviti anda. Semoga perkongsian saya ini membuatkan lebih ramai pengguna mengenali Telegram dan beralih dari hanya menggunakan Whatsapp.

Jom kongsikan artikel ini dengan rakan, ahli keluarga dan juga teman sepejabat. 😀

507 total views, 1 views today