kesan-gst-laptop-iphone-ipad

kesan-gst-laptop-iphone-ipad

 

Saya ada menerima pertanyaan mengenai kesan Goods & Services Tax (GST) ke atas harga komputer, laptop, iPad, smartphone dan sebagainya. Harga naik, kekal atau turun? Nak kena beli sekarang atau beli selepas 1 April 2015?

Jawapan saya?

Most likely…harga barangan seperti laptop, komputer, iPad, tablet akan naik selepas 1 April 2015.

Sebelum GST, ada cukai Sales & Services Tax (SST) sebanyak 10%. Mulai 1 April 2015, SST 10% akan dimansuhkan dan diganti dengan GST sebanyak GST 6%. Barangan atau produk yang sebelum ini dikenakan cukai SST 10%, secara teorinya akan mengalami penurunan harga.

Tetapi…barangan komputer, iPad, smartphone adalah bebas cukai (tax free) sebelum pelaksanaan GST.

kesan-gst-harga-smartphone

kesan-gst-harga-smartphone

 

Secara teorinya, bermula 1 April 2015, komputer, laptop, iPad, adalah tertakluk kepada GST. Penjual terpaksa mengenakan penambahan 6% bagi setiap produk yang dijual.

Contohnya harga laptop sebanyak RM2000, selepas GST, ialah RM2120 (RM2000 x 106%) iaitu peningkatan sebanyak RM120. Kutipan GST RM120 tu akan dibayar oleh syarikat (penjual) kepada Kastam. Syarikat (penjual) pula boleh claim input tax. Pengguna/pembeli (end user) tidak dapat claim apa-apa.

Sekarang pula Ringgit Malaysia merosot teruk. Tiada jaminan bahawa harga akan berubah sedikit saja. Worst case scenario ialah Harga Barang Naik Akibat Tukaran Wang + Cukai GST 6% akan lebih memeningkan kepala ramai orang.

Bagaimana pula harga smartphone, iPad?

Saya tidak mempunyai maklumat mengenai harga iPhone, iPad dan smartphone brand lain…cuma menurut portal Lowyat.Net, Samsung Malaysia akan mengenakan caj GST 6% kepada produk smarphone mereka yang sedia ada di pasaran seperti Samsung Note 4, Note 4 Edge dan sebagainya.

Galaxy Note 4 (RRP: RM2499) sebelum GST akan berharga RM2648.94 selepas GST. Peningkatan sebanyak RM149.

Bagi peranti berjenama Xiaomi, menurut Amanz, hanya peranti Xiaomi Redmi Note 4G akan dinaikkan harga kepada RM626 (harga sebelum GST : RM589) manakala harga produk Xiaomi lain seperti Mi Powerbank, Xiaomi Mi Pad dan Redmi 2 dikekalkan.

Jika ada maklumat mengenai harga smartphone lain, boleh sampaikan kepada saya, saya akan tambah dalam artikel.

Apakah ‘option’ bagi pengguna?

Kenaikan harga barangan, sikit atau banyak, memang cukup pedih untuk dihadapi, bagi hampir seluruh lapisan masyarakat. Dari tarikh artikel ini ditulis, ada lagi sekitar 24 jam untuk anda membuat pembelian ‘last minute’ bagi gadget yang perlu bagi anda.

Nasihat saya, buatlah pembelian yang bijak, spend your hard-earned money untuk barangan yang betul-betul berbaloi, dan bersedia menghadapi ‘transition phase’ yang agak mencabar bermula 1 April 2015 ini.

Sumber rujukan :

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/01/25/Some-items-to-be-cheaper-Customs-GSTs-6-will-replace-10-SST/

http://www.customs.gov.my/en/cp/Pages/cp_hdw.aspx

http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/106%20Questions%20Response%20by%20Customs.pdf

 

772 total views, 1 views today