Kingston A400 480GB SSD Review – Solid State Drive Murah Dan Laju Untuk PC, Laptop, PS4

kingston-a400-480gb-ssd-review-malaysia

Dua bulan lepas saya ada berkongsi artikel mengenai model solid state drive (SSD) yang popular di pasaran iaitu Kingston A400. Boleh baca artikel itu di bawah. Kira-kira dua minggu lepas saya telah membeli ssd Kingston A400 dengan kapasiti 480GB untuk dipasang ke dalam laptop.

Kingston A400 480GB SSD Review – SSD kos rendah tapi laju

Harga pasaran bagi Kingston A400 480GB ialah sekitar ~RM300 dan bagi saya ia adalah sangat murah berbanding dengan model lain. Sebagai perbandingan, Kingston SSD UV400 480GB berharga RM525. Bersaiz 2.5″ ssd ini boleh digunakan di laptop atau desktop PC. Bracket tidak disertakan jadi anda perlu beli sendiri bracket sekiranya ingin pasang di desktop PC.

asus a556u

Laptop yang saya cadang nak pasang SSD ini (Asus A556U 15.6″) tiada slot khas ssd M.2 atau msata. Yang ada hanya 1TB HDD dalaman bersaiz 2.5″ dan DVD-drive. Memandangkan tuan punya laptop ini tidak memerlukan DVD-drive, saya bercadang untuk swap slot DVD-drive laptop ini kepada SSD menggunakan caddy (gambar sebelah kanan). SSD caddy ini biasanya dijual pada harga RM20-30 di kedai-kedai komputer.

Kenapa guna caddy? Kenapa tidak cabut keluar 1TB HDD dan ganti dengan SSD?

Tujuan guna caddy ialah untuk menggunakan dual drive pada laptop dengan kombinasi 480GB SSD untuk sistem operasi Windows, Adobe, Office dll dan 1TB untuk storan gambar, video dan lain-lain. Saya sendiri sudah menggunakan dual drive sejak beberapa tahun lagi di PC dan juga laptop. Lebih seronok dan puas bila ada ruang storan besar dan ruang storan laju.

kingston-a400-480gb-ssd-benchmark-read-write-speed

Benchmark Kingston A400 480GB SSD yang dipasang menggunakan caddy.

Mujurlah masih dapat hampir full speed SSD Sata 3. Risau juga kalau dapat speed separuh sebab saya tidak jelas sepenuhnya mengenai kelajuan sambungan SATA asal pada DVD-drive kerana HWinfo tidak menunjukkan maklumat mengenai kelajuan SATA controller untuk DVD-drive.

Jika anda menggunakan laptop model lama (sebelum 2015) , besar kemungkinan SATA controller yang digunakan ialah Sata 2 yang mempunyai kelajuan terhad read/write speed hanya 300 MB/s.


Seperti dijangka, laptop Asus A556U ini laju berdesup selepas dipasangkan SSD dan install Windows 10 secara fresh. Windows boot hanya dalam beberapa saat selepas tekan butang ON. Laptop ini hanya perlu upgrade RAM kepada 8GB sahaja selepas ini barulah lagi bertambah lancar dan sedap guna.

Walaupun ini kali pertama saya cuba guna SSD 480GB dengan caddy untuk buat dual drive, eksperimentasi teknologi yang ringkas dan straightforward ini buat saya belajar beberapa lagi perkara baru.

kingston-a400-480gb-ssd

Berminat mendapatkan SSD Kingston A400 boleh cari di shopee keyword “Kingston A400 480GB SSD“. Kalau kekurangan bajet boleh beli yang Kingston A400 240GB lagi baik dari model 120GB dari segi nilai dan prestasi kelajuan.

Kingston A400 480GB SSD | Shopee

(3 years Kingston Malaysia warranty)

kingston-a400-ssd-lazada

Anda juga boleh beli Kingston A400 480GB di Lazada.

Kingston A400 480GB SSD – Lazada



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply