SSD merupakan hardware komputer yang sering dikategorikan sebagai produk premium kerana harga SSD yang mahal walaupun mempunyai kapasiti yang kecil. Saya masih ingat, tahun 2015 merupakan kali pertama saya beli SSD pada harga RM289 untuk kapasiti 120GB. Kini merupakan zaman peralihan daripada HDD kepada SSD dan banyak jenama SSD pada harga murah muncul di pasaran.
Kingson A400 SSD merupakan antara SSD yang semakin popular di kalangan peminat hardware PC kerana harga yang murah serta kelajuan yang memuaskan. Untuk melihat kelebihan memasang SSD, lihat artikel tahun 2016 ini : 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan SSD di Komputer Anda.
Kingston A400 SSD – Murah Dan Laju ! Masa Untuk Gantikan Hard Disk Kepada SSD di Desktop PC, Laptop atau PS4
Kingston A400 SSD dijual dalam 4 kapasiti iaitu 120GB, 240GB , 480GB dan 960GB. Keempat-empat model SSD ini mempunyai kelajuan yang berbeza dari segi Read/Write speed.
Model | Harga | Read Speed | Write Speed |
Kingston A400 120GB | ~ RM103 | Up to 500MB/s | Up to 320MB/s |
Kingston A400 240GB | ~ RM171 | Up to 500MB/s | Up to 350MB/s |
Kingston A400 480GB | ~ RM305 | Up to 500MB/s | Up to 450MB/s |
Kingston A400 960GB | ~ RM895 | Up to 500MB/s | Up to 450MB/s |
Berdasarkan nisbah harga dan kapasiti yang ideal, saya cadangkan anda memilih antara 240GB atau 480GB sahaja jika bercadang membuat pembelian.
Kingston A400 240GB SSD – RM171
SSD yang lebih mahal kategori Sata 3 SSD biasanya mempunyai kelajuan Read 550MB/s dan Write 500MB/s tetapi untuk kegunaan harian perbezaan tidaklah terlalu drastik. Yang penting, kelajuan komputer atau laptop anda selepas pasang SSD nanti sudah tentulah jauh lebih memuaskan hati berbanding ketika menggunakan HDD.
Memiliki konsol PS4 atau PS4 Pro?
Lihat Youtuber ini memasang Kingston A400 SSD di PS4 Pro beliau. Walaupun hanya menggunakan SSD kelas bajet rendah, perbezaan “loading time” agak drastik dan keseluruhan prestasi lebih lancar bila menggunakan SSD.
Jom kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang mencari SSD murah dan bagus.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Syahid Bin Nasir Ali
einz. boleh pasang dekat laptop asus k401ub x ssd ni?
ke salah size x boleh masuk?
Syahid Bin Nasir Ali
sbb laptop asus k401ub ni ada satu slot untuk ssd, saya rasa slot msata, jadi ssd kingston a400 ni boleh masuk dalam slot tu x?
Einz
Ada 3 option sekarang untuk Asus K401UB
1) 120gb half msata ssd + 1tb hdd
2) 120gb half msata ssd + 240gb ssd
3) 240gb ssd atau 480gb ssd. Slot half-msata dibiarkan kosong, cuma remove hdd sedia ada.
Kalau berminat nak beli 120gb half msata ssd tu boleh email kat [email protected] aku boleh tolong order daripada china. Model half-size msata ni rare gila sebab technology ni kira obsolete lepas M.2 SSD keluar
Einz
boleh pasang SSD 2.5″ dekat asus k401ub, tapi kena remove la HDD 1TB tu.
Laptop Asus k401ub ni chassis dan hardware spec similar je dengan asus k401lb yang aku guna. aku sekarang guna half-size msata ssd 120GB + 1tb hdd. boleh tengok kat https://einz.my/upgrade-hardware-laptop-jadi-laju-dan-mantap/
Aidee
Bro, berbaloi tak kalau pasang dekat acer aspire e 14, intel i3? Dah upgrade 8gb ram tapi still tak puas hati.
Einz
Boleh je. Tapi kalau laptop tu takde slot SSD khas, means kena remove HDD ganti dengan SSD.