- 230views
- 84
Kodi 17 “Krpton” telah dilancarkan pada awal Februari 2017 lagi dan kini baru saya sempat mencubanya. Versi Kodi 17 terbaru ini hadir dengan tema kulit (skin) baru yang lebih moden berbanding kulit lama yang tidak berapa mesra pengguna.
Kodi 17 Krypton
Estuary – kulit baru Kodi 17 yang moden.
Estouchy – kulit baru Kodi 17 yang mesra peranti touch screen seperti smartphone, iPad dan tablet.
Anda boleh memilih menggunakan Estuary atau Estouchy dimana-mana peranti dan juga boleh set kedua-dua supaya menyokong Touch Mode. Touch Mode menjadikan butang lebih besar dan juga sesuai untuk paparan di TV (Android TV, misalnya).
Pelbagai addons popular juga telah dikemaskini supaya menyokong Kodi terbaru ini. Kissasian (addons popular untuk streaming korea/j-drama) berfungsi dengan baik dan lancar.
Download Kodi terbaru di Kodi.tv
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 230views
- 84