Lagu Baru Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sikcta “Tujuh Nasihat” – Kini Di Semua Platform Digital Streaming

siti nurhaliza tujuh nasihat kmy kmo luca sickta

Selepas lagu Anta Permana yang popular sepanjang 2018/2019, penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini melancarkan lagu baru bertajuk “Tujuh Nasihat” hasil bersama duo rap yang meningkat naik iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Lagu baru Siti Nurhaliza Tujuh Nasihat ini dilancarkan tepat jam 12 malam tarikh yang cantik 200220 di semua platform digital streaming dengan hashtag #Siti2020. Membawakan konsep irama Malaysia/etnik kreatif moden dengan lirik rap nusantara, lagu Tujuh Nasihat ini sememangnya segar, relevan, kreatif dan sangat ikonik dengan lagu-lagu lama popular Siti Nurhaliza.

Stream Lagu Siti Nurhaliza Tujuh Nasihat featuring Kmy Kmo, Luca Sickta

Untuk mendengar di platform streaming seperti Spotify, Joox, Deezer dan lain-lain, boleh klik butang di bawah:

Jika anda baru pertama kali dengar nama Kmy Kmo dan Luca Sickta, mereka ialah rap duo yang mula mencuri perhatian industri muzik Malaysia pada 2 tahun lepas dengan lagu Gong Nekara (2018). Kmy Kmo merupakan orang lama dalam industri, sebelum ini menggunakan nama pena Agenda dan pernah bersama Malique dalam lagu Bukan Mudah.

BACA :  Dapatkan Redmi Airdots Pada Harga Serendah RM50 - Tawaran 9.9 Sahaja

Selepas Gong Nekara, duo Kmy Kmo dan Luca Sickta aktif berkarya dengan lagu Nekad dan hujung 2019 turut berkolaborasi dengan sifu M.Nasir dalam lagu Zuhud. Tanpa disangka, selepas M.Nasir kini giliran mereka pula berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza dalam Tujuh Nasihat. Memang outstanding achievements.

Fun fact: Pada 2005, Too Phat dan Siti Nurhaliza keluarkan lagu bertajuk Dua Dunia. 15 tahun kemudian, anak didik Malique, iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta pula yang berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza dalam lagu Tujuh Nasihat. The Will of Malique, lives on decades after!

Dah dengar lagu baru @ctnurhaliza11 @kmy_kmo @lstheofficial bertajuk Tujuh Nasihat? 🔥🔥🔥 Click to Tweet

 

Lirik Lagu Siti Nurhaliza Tujuh Nasihat feat Kmy Kmo, Luca Sickta

LIRIK (kredit kepada komentar youtube)

(Pre Chor) (Dato’ Siti Nurhaliza)

Anak pipit jangan tak dihirau,
gusar esok ke sarang si rimau,
anak didik harus
nya dirisau,
gusar esok engkau yang dipisau.

(Chorus) (Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta)

⠀⠀⠀

dulu tunggu diturut balik,
(dulu tunggu turut balik)
dulu diam sekarang celik,
(dulu diam sekarang celik)

dulu tahu waktu balik,
(dulu tahu waktu balik)
dulu diam sekarang cerdik.
(dulu diam sekarang cerdik).

Verse 1 ( ato’ Siti Nurhaliza)

nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya,
kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,
nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya,
susun atur mereka sebelum kenal dunia,

habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah,

tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang,
elok awal dilarang,
untuk kau jadi orang.

Verse 2 (Rap Luca Sickta + Kmy Kmo)

Satu,
Hendak berjaya, mendada jangan,
Pastikan,
Jika malu bertanya sesat jalan,
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun,
Biar berkerut dahi asahkan minda ber alun,

Ke-2 semua nasihat cam petua,
ketua perlu jua,
nak sihat sampai tua,
masuk semua benua,
pelusuk dalam luar,
hormat tanpa bersua,
walau darjah sempoa,

Tiga,
Lain liga lain cara,
Elak geliga dalam rasa media masa,
Dahulu kerna lidah badankan binasa,
Sekarang kerna mata, jemari berbicara,

Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka,
nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka,
terlena,
dibuai mimpi dek dunia cereka,
hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka,

Lima,
Usah dikira kanan kiri,
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri,
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam,
Lupakan kisah silam, Nilam usah disiram,

ku siram yang ke-6 biar mekar dalam hati,
ingati putus urat dan tenaga urat besi,
korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari,
bajakan jasa jasa mereka dengan budi budi.

(Pre Chorus)
(Chorus)



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply