netflix malaysia murah



Harga langganan bagi Netflix adalah bermula dari RM33 sebulan sehingga RM51 sebulan. Pelan apakah paling berbaloi sebenarnya dan lebih menjimatkan anda?

Tip : Langgan Netflix Dengan Harga Yang Lebih Murah Dengan Cara Ini

netflix price plan malaysia

Plan 1 Screen : RM33 sebulan – hanya boleh tonton shows dalam SD Resolution (480p). Stream di 1 screen sahaja dan download video ke 1 peranti sahaja.

Plan 2 Screens : RM42 sebulan – boleh tonton shows dalam HD (720p – 1080p). Stream di 2 screen pada masa sama dan download video ke 2 peranti.

Plan 4 Screens : RM51 sebulan – boleh tonton shows dalam HD – Ultra HD (720p, 1080p, 4K). Stream di 4 screen pada masa sama dan download video ke 4 peranti.

Secara kasar kalau lihat disini, plan paling merugikan sebenarnya ialah plan 1 screen pada harga RM33 sebulan. Ini kerana anda bayar RM33 seorang tapi hanya boleh akses Netflix di 1 peranti sahaja dan stream pula terhad kepada video SD. Dah masuk 2018 ini streaming quality perlu dalam HD sekurang-kurangnya baru lah puas hati. Kalau nak tengok 480p lebih baik tengok TV3 rugi bayar ke Netflix.

Manakala plan paling untung ialah plan 4 screen RM51 sebulan. Mungkin anda boleh kongsikan satu akaun dengan ahli keluarga atau rakan serumah. Kalau anda kongsi 4 orang maka kos langganan hanya RM12.75 sebulan. Anda boleh bergilir bayaran setiap bulan atau kumpul RM12.75 x 4 setiap bulan, terpulang. Dalam 1 akaun Netflix boleh buat beberapa profile jadi 4 orang boleh menonton Netflix serentak dalam 4 screen yang berbeza.

Contohnya; Didi stream Netflix di iPhone, Nana stream Netflix di iPad, Jojo stream Netflix di Macbook dan Pak Atan stream Netflix di OLED Smart TV.

Adakah perkongsian akaun Netflix boleh menyebabkan akaun kena ban?

Biasanya berkongsi di dalam satu keluarga atau rumah tidak menjadi sebarang masalah. Untuk maklumat lanjut baca artikel ini.

netflix carrier billing malaysia

Untuk kaedah pembayaran pula, saya cadangkan kaedah Carrier Billing – Prepaid. Ini kerana carrier billing (prepaid) menggunakan jumlah kredit semasa no phone dan kredit prepaid biasanya boleh di-topup dengan harga yang lebih rendah. Contohnya seperti Reload Xpax RM100 pada harga RM90 sahaja. Anda juga tidak perlu periksa penyata tiap-tiap bulan dan tidak perlu tambah faktor GST.

Selamat mencuba!

Kongsikan artikel ini sekiranya berguna !



RELATED POSTS