Bukan senang nak pilih laptop gaming terbaik dengan harga yang murah kan? Silap pilih, rugi duit. Kalau anda mencari laptop gaming murah dibawah harga RM3000 dan terbaik dari segi spesifikasi dalam tahun 2019, semestinya saya cadangkan anda beli laptop ASUS TUF Gaming FX505D-TBQ222T GTX 1650. Jom baca kenapa laptop ini adalah laptop gaming terbaik dengan harga murah.
Laptop Gaming Murah dan Terbaik 2019 – ASUS TUF Gaming FX505D-TBQ222T GTX 1650 (RM2900)
Kebiasannya anda perlu berbelanja besar (RM3000 – RM5000) untuk mendapatkan laptop gaming dengan spesifikasi CPU dan GPU yang bagus – tetapi kelebihan utama Asus TUF Gaming FX505DT ini ialah :
Asus FX505DT Laptop GTX 1650 paling murah di Malaysia
Kebanyakan laptop gaming jenama MSI, HP, Lenovo, Dell, Acer dalam julat harga RM3000 – RM3500 dilengkapi dengan graphic card Nvidia GTX 1050 dan 1050 Ti. Tetapi, Asus TUF Gaming FX505DT ini dilengkapi dengan graphic card generasi baru GTX 1650 yang jauh lebih berkuasa dan laju berbanding GTX 1050 dan 1050 Ti. Malah, jika dibandingan dengan GTX 1060 juga, GTX 1650 mempunyai keupayaan gaming setaraf tetapi dengan penggunaan tenaga yang lebih jimat.
Pendek kata, GTX 1650 membolehkan anda memainkan game AAA pada kualiti terbaik dengan cemerlang (1080p resolution). Harga yang disyorkan oleh Asus Malaysia adalah seperti berikut; RM3199 bagi model FX505DT R5-3550H
Walaupun harga yang disyorkan ialah sekitar RM3199, tetapi harga jualan di Lazada terutamanya ketika musim jualan adalah jauh lebih murah (sekitar ~RM2800 – RM2900). Setakat tarikh artikel ini ditulis, Asus TUF FX505DT adalah laptop gaming dengan GTX 1650 termurah yang dijual pada harga di bawah RM3000.
Processor Ryzen 5-3550H Quad-Core
Biasanya laptop di bawah RM3000 dilengkapi cip Intel atau AMD dengan kuasa rendah (low-power U series, i5-8265U, Ryzen 3500U) tetapi Asus Tuf FX550DT dilengkapi dengan cip Ryzen 5-3550H 4-core 8-thread. Dalam bahasa ringkas, cip ini lebih berkuasa tinggi untuk memainkan game dengan cemerlang tanpa ada stutter atau lag. Malah cip Ryzen 5-3550H juga boleh menjalankan aplikasi photo editing, video editing dengan bagus.
512GB PCIE NVME SSD
Tatkala laptop gaming murah lain hanya menyertakan 1TB HDD atau 128GB Sata ssd, Asus Tuf FX505DT sekali lagi jauh mengatasi pesaing dengan adanya SSD 512GB PCIE NVME terbina dalam. Boot Windows jauh lebih laju. Jalankan program-program berat tanpa ada sangkut. Lancarkan game Steam dengan pantas. Adobe Photoshop, Lightroom dan Premiere tidak lagi slow untuk load. Malah 512GB SSD adalah saiz yang cukup besar untuk pelbagai program dan game anda.
Laptop Gaming Murah 2019 – Asus FX505DT GTX 1050
Laptop Asus FX505DT juga turut dijual dalam versi GTX 1050 3GB yang mempunyai perbezaan harga sebanyak ~RM200-RM300 dengan versi GTX 1650 4GB. Spesifikasi CPU, RAM dan SSD masih sama. Terpulang kepada anda sendiri untuk membuat keputusan samada memilih GTX 1650 yang lebih laju dan berkuasa tapi sedikit lebih mahal atau pilih GTX 1030 yang lebih jimat dari segi harga keseluruhan.
Laptop Gaming Murah Bawah RM2500 – Asus X570Z-DDM395T
Di bawah harga RM2500, pada pendapat saya ini lah laptop dengan CPU Ryzen quad-core dan GTX 1050 4GB terbaik yang anda boleh jumpa – Asus X570Z-DDM395T. CPU ryzen dalam laptop ini bagaimanapun adalah versi low power iaitu R5-2500U dan skrin FHD tetapi kualiti yang biasa. Asus X570Z juga hanya didatangkan dengan 1TB HDD dan anda perlu upgrade sendiri RAM atau SSD.
Dari segi prestasi gaming, kombinasi Ryzen 2500U dan GTX 1050 4GB masih jauh mengatasi prestasi laptop lain di bawah RM2500 yang kebanyakannya menggunakan Intel HD Graphics atau Nvidia MX150/MX250.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang sedang mencari laptop gaming murah dan terbaik 2019 di antara harga RM2400 – RM3000.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Alif
Hai…saya mencari laptop gaming bawah rm3000…bler rekomenkan saya laptop yg terbaik,agak keliru disini
Einz
ASUS TUF Gaming FX505D-TBQ222T – laptop ni je yang ada gtx 1650 harga bawah rm3000.
ni link kalau nak beli online>. murah dari beli kat kedai
alip
kalau order dkt lazada adakah dijamin sampai ke rumah dlm keadaan yg sempurna dan tiada cacat cela?
Einz
lazada ada buyer protection. Ramai yang dah beli laptop, tv, iphone, mesin basuh, peti sejuk dekat lazada since 2014-2015 lagi 🙂