dell inspiron 7567 gaming laptop malaysia



Panduan ringkas bagi anda yang mencari laptop gaming terbaik dalam harga RM2000 – RM3500. Untuk menjimatkan masa dan memudahkan anda, saya sertakan sekali maklumat mengenai RAM slot, SSD slot, jenis panel skrin dan beberapa kelemahan yang diketahui pada laptop-laptop ini.

Laptop Gaming Terbaik Tahun 2017 (Harga RM2000 – RM3500)

intel 8250u mx150

Nota penting : Dengan kehadiran cip Intel generasi kelapan Kaby-Lake R di laptop, saya tidak lagi menggalakkan anda memilih laptop dual-core i5 dan i7 seperti i5-7200U dan i7-7500U. Sebaliknya saya mencadangkan cip Intel quad-core seperti i5-8250U, i5-7300HQ dan i7-7700HQ untuk keupayaan pemprosesan yang lebih berkuasa.

Untuk graphic (GPU) pula, saya cadangkan anda pilih laptop yang dilengkapi sekurang-kurangnya Nvidia Geforce MX150. MX150 adalah versi pengganti kepada GPU Nvidia GT 940MX, 940M dan 930M. MX150 adalah kira-kira 33% lebih laju berbanding 940MX dan kira-kira 40-50% lebih laju berbanding 940M dan 930M. Nvidia Geforce 1050 pula adalah lebih laju berbanding MX150 dan biasanya hadir dalam dua variasi iaitu 1050 2GB dan 1050 4GB.

Bagi panel skrin laptop, peratusan SRGB yang tinggi (90-100% SRGB) sangat penting untuk ketepatan warna untuk kerja-kerja edit gambar dan video. Peratusan SRGB yang rendah (50% – 70% SRGB) tidak digalakkan untuk kerja-kerja edit gambar dan video tetapi memadai untuk gaming.

Nits merujuk kepada kecerahan (brightness) panel laptop tersebut. Panel yang bagus mempunyai keterangan sekurang-kurangnya 300 nits. Panel dengan 150-200 nits, memadai untuk gaming tetapi tidaklah digalakkan untuk kerja-kerja MS Office, edit gambar dan edit video.

Kebiasaan bagi laptop gaming berharga RM2000 – RM3500 ialah kualiti binaan serba plastik, rekaan tebal dan berat ~2kg – 2.5kg, ketahanan bateri yang pendek ~4 jam – 7 jam dan kualiti panel skrin yang kurang terang dan warna kurang tepat.


1. Dell Inspiron 15 7567

dell inspiron 15 7567 malaysia

Dell Inspiron 15 7567 merupakan laptop gaming yang sangat popular di Youtube dan Reddit. Laptop ini juga membuat kemunculan dalam filem Spiderman : Homecoming sekiranya anda perasan. Laptop yang sangat bagus cuma sayangnya dilengkapi skrin 15″ dengan panel TN yang mempunyai kualiti gambar, ketepatan warna dan kecerahan kurang memuaskan. Ramai pembeli Dell Inspiron 7567 menukar sendiri skrin mereka daripada TN Panel ke IPS panel supaya lebih puas hati.

Spec : Intel Core i5-7300HQ, Nvidia GTX 1050 4GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. 50% SRGB, ~230 nits

Battery life :  ~5-7 jam

Dell Inspiron 15 7567 (Black) – RM3249

Dell Inspiron 15 7567 (Red) – RM3249

2. Lenovo Legion Y520

lenovo legion y520 malaysia

Lenovo Legion Y520 juga merupakan laptop gaming yang popular dan ramai pengguna di Malaysia. Laptop dengan saiz skrin 15″ ini mempunyai pelbagai variasi model dengan processor i5-7300HQ, i7-7700HQ, Nvidia 1050 2GB, 4GB dan juga 1050 Ti 4GB. Walaupun panel skrin laptop ini menggunakan panel IPS, tetapi peratusan SRGB agak rendah serta kecerahan yang rendah menyebabkan laptop ini tidak digalakkan untuk kerja-kerja photo/video editing.

Spec : Intel Core i7-7700HQ, Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD, DOS

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p IPS Panel. ~55% SRGB, ~230 nits

Battery life :  ~5-7 jam

Lenovo Legion Y520 – RM2999

3. MSI GL62M-7RDX

msi gaming laptop gtx 1050 malaysia

MSI GL62M-7RDX – laptop gaming MSI sememangnya cukup popular di kalangan komuniti PC gamers dan anda boleh dapat laptop i5-7300HQ, GTX 1050 2GB MSI pada harga RM3199 bagi model Free-DOS (tanpa Windows).

Spec : Intel Core i5-7300HQ, Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD, DOS

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. ~55% SRGB, ~250 nits

Battery life :  ~5 jam

MSI GL62M-7RDX – RM3199

4. Acer Nitro 5

acer nitro 5 malaysia

Acer Nitro merupakan siri laptop gaming kelas bajet yang mempunyai peminat tersendiri di Malaysia. Acer Nitro 5 dengan skrin 15″ ini dilengkapi spesifikasi menarik pada harga yang berpatutan juga.

Spec : Intel Core i5-7300HQ, Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p IPS Panel. 60% SRGB, ~250 nits

Battery life :  ~5-7 jam

Acer Nitro 5 – RM3158

5. ASUS ROG GL553V-DDM664T

asus rog gl553 malaysia

ASUS ROG GL553 merupakan siri laptop Republic of Gamers (ROG) yang mempunyai binaan badan plastik dan dilengkapi GTX 1050 4GB sama seperti Dell Inspiron 7567. Sebagai laptop gaming dengan kos rendah juga ia mempunyai beberapa kelemahan utama iaitu kualiti skrin yang kurang memuaskan (TN panel dengan peratusan SRGB rendah) serta agak tebal dan berat ~2.5kg.

Spec : Intel Core i5-7300HQ, Nvidia GTX 1050 4GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. 50% SRGB, ~250 nits

Battery life :  ~5 jam

   Asus ROG GL553V – RM3299

6. Acer Aspire V Nitro VN7-592G-58SJ

acer nitro 5 960m malaysia

Acer Aspire V Nitro VN7-592G-58SJ merupakan model tahun 2016 tetapi dengan harga yang serendah ~RM2800 dan spesifikasi yang boleh tahan, laptop ini masih lagi relevan dan dijangka ramai akan beli selepas ini. GPU dalam laptop ini ialah GTX 960M 4GB dan secara ringkas prestasi adalah di bawah GTX 1050 tetapi masih jauh lebih laju berbanding MX150.

Spec : Intel Core i5-6300HQ, Nvidia GTX 960M 4GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. 50% SRGB, ~250 nits

Battery life :  ~5 jam

   Acer Nitro VN7-592G-58SJ – RM2777

7. Lenovo Ideapad 320-15IKBRN

lenovo ideapad 320 i5-8250U mx150

Lenovo Ideapad 320-15 hadir dalam pelbagai jenis variasi model dan spesifikasi, jadi pastikan anda pilih model terbaru yang dilengkapi Intel i5-8250U dan Nvidia MX150. Pada harga ~RM2600, laptop dengan skrin 15″ ini mungkin boleh jadi popular di kalangan pelajar cuma ketahanan bateri dan kualiti skrin adalah kelemahan utama laptop ini.

Spec : Intel Core i5-8250U, Nvidia MX150 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. ~50% SRGB, ~230 nits

Battery life :  ~5 jam

Lenovo Ideapad 320 (8250U, MX150) – RM2581

8. Acer Aspire 5 A515-51G-50AC

nvidia-mx150-laptop

Acer Aspire 5 A515-51G-50AC merupakan siri laptop mainstream bersaiz 15″ dan kini dilengkapi processor Intel dan graphic Nvidia terbaru. Laptop ini juga hadir dalam pelbagai jenis konfigurasi jadi pastikan anda pilih model yang betul sebelum buat pembelian. Dari segi rupa dan kualiti binaan badan, Acer Aspire 5 adalah lebih baik berbanding Acer Aspire E14 dan E15 (lihat bawah).

Spec : Intel Core i5-8250U, Nvidia MX150 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920x1080p TN Panel. ~50% SRGB, ~230 nits

Battery life :  ~5-8 jam

Acer Aspire 5 A515-51G – RM2499

9. Acer Aspire E14 (E5-476G-54G4) dan E15 (E5-576G-56E7)

acer aspire e5 mx150

Acer Aspire E14 (E5-476G-54G4) kini merupakan laptop termurah yang dilengkapi Intel i5-8250U dan Nvidia MX150. Bagaimanapun laptop ini hadir dengan skrin resolusi rendah 1366×768 dengan saiz skrin 14″ dan adalah merupakan kelemahan utama laptop ini.

Spec : Intel Core i5-8250U, Nvidia MX150 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 14″ 1366×768 TN Panel. ~50% SRGB, ~200 nits

Battery life :  ~5-8 jam

Acer Aspire E14 (E5-476G-56GC) – RM2338

Acer Aspire E14 (E5-476G-56G4) – RM2338

Laptop Acer ini juga hadir dalam variasi model dengan skrin 15″ dengan nama Acer Aspire E15 juga dengan Intel i5-8250U dan Nvidia MX150.

Spec : Intel Core i5-8250U, Nvidia MX150 2GB GDDR5, 4GB DDR4 RAM, 1TB HDD.

RAM/SSD : 1 extra ram slot, 1 M.2 SSD slot

Screen : 15″ 1920×1080 TN Panel. ~50% SRGB, ~200 nits

Battery life :  ~5-8 jam

   Acer Aspire E15 (E5-576G-56E7) – RM2578


Kenapa dalam senarai hanya ada Acer, Dell dan Lenovo? Mana HP dan lain-lain ?

Buat masa sekarang, HP dan lain-lain tidak menawarkan laptop gaming GTX1050 dengan harga yang berpatutan dan juga belum melancarkan laptop i5-8250U dengan Nvidia MX150 dalam harga mampu milik. Sekiranya HP dan lain-lain ada melancarkan model-model baru, saya akan sertakan di dalam senarai ini.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang sedang cari laptop gaming terbaik  dalam harga RM2000 – RM3500.



RELATED POSTS